KOTA BHARU, 31 Jan (hrkh) - Kesungguhan kerajaan Kelantan mengekang gejala mat rempit dapat dibuktikan apabila litar lumba yang melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta akan dibina awal Februari ini. |
Wednesday, January 31, 2007
Litar lumba RM1.5 juta dibina Febuari ini
Solat Jemaah
Aku terbayang kalau kita berkawad, Kita diajar patuh pada arahan ketua, kalau tersalah alamatnya susahlah kita, begitu kentalnya kita menjaga displin semasa dipadang kawad, baju kena kemas tajam bergosok, kasut kena berkilat. Natijahnya, orang-orang komander semuanya kemas dan berdisplin serta dengar arahan ketua. Bagaimana hendak dikaitkan dengan solat Jemaah. Sahabat-sahabat semua, jika kita jaga solat jemaah, InsyaAllah kita displin yang ada pada solat jemaah itu akan kita dapat praktikkan di dalam kehidupan seharian. Dari segi masa kita jaga dan sikap-sikap yang positif dapat kita semai. Biar pun pahit, namun kerana ubat ia terpaksa ditelan bagi mengubat sesuatu penyakit. Begitu juga apa yang dihasratkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau meluahkan rasa agak terkilan terhadap sesetengah pendokong gerakan Islam yang tidak mengutamakan solat berjemaah, sedangkan ia menjadi tuntutan utama agama. Kata beliau masih ada mereka yang terlibat dengan gerakan Islam, namun tidak mengutamakan tuntutan tersebut. "Inilah di antara salah satu faktor yang menyebabkan perjuangan Islam lambat mencapai kemenangan." Salam Ramadhan untuk semua.. /* Khusus untuk AKU dan umum untuk SEMUA */ sumber: |
TAMAK
Tersebutlah kisah tentang seorang manusia yang mempunyai sifat tamak. Diceritakan, ada sebuah kapal yang mengalami kecelakaan di laut. Di dalam kapal itu terdapat banyak kotak yang penuh berisi dengan wang. |
Istiqamah vs Ma'unah
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Pemuda aset penting jemaah, negara
DUNGUN, 31 Jan (Hrkh) – Golongan muda merupakan aset terpenting negara yang menjadi rebutan serta sasaran semua pihak memancing bagi memilikinya. |
SRC UIAM disahkan setelah 4 bulan digantung
KUALA LUMPUR, 31 Januari (Hrkh) – Setelah barisan kepimpinan Student Representative Council (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia digantung selama lebih empat bulan, akhirnya badan induk pelajar itu telah disahkan pada Rabu minggu lalu. |
Tuesday, January 30, 2007
Nasihat buat adik2 di sekolah
Assalamu'alaikum. |
Monday, January 29, 2007
Fwd: Cerita Kasih Ibu.
When you were 8 |
Sunday, January 28, 2007
Semoga kita semua istiqamah. ameen!
Kongsi Gurau - Kentut
1.ORG YG TIDAK JUJUR |
Sejarah Penggunaan Tahun Hijri
Sejarah Penggunaan Tahun Hijri |
Pencacai Umno Batu Talam tipu Najib bulat-bulat
SELEPAS berkunjung ke Batu Talam semalam, banyak juga isu-isu berkaitan pilihan raya kecil itu yang perlu disinggung, tetapi saya kira dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa PAS mewajibkan ahli-ahlinya 'menyokong calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan' perlu dijelaskan dahulu. |
Saturday, January 27, 2007
Pemimpin PAS rai Menteri Palestin
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Pemimpin PAS meraikan dua orang Menteri Palestin yang dipimpin Hamas dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara hari ini. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa meraikan Menteri Kerjaraya dan Perumahan, Ir Abdul Rahman Zaidan, Menteri Hal Ehwal Wanita Dr Maryam Salleh berserta lima delegasi lain yang terdiri daripada anggota-anggota Parlimen dari kerajaan pimpinan Hamas. ImageAbdul Rahman dan rombongan, singgah di ibu negara selepas menghadiri sidang ahli-ahli parlimen Islam di Indonesia baru-baru ini. Antara pemimpin PAS yang hadir meraikan tetamu dari Palestin adalah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ustaz Hassan Shukri beserta Ustazah Jamilah Ibrahim. Ustaz Nasharudin berkata, PAS amat berbesar hati untuk meraikan tetamu daripada kerajaan Hamas dan turut mengadakan dialog bagi isu-isu ummah yang menjadi kepentingan bersama. Menurut beliau, PAS memberikan komitmen yang tinggi untuk terus mendokong dan membantu perjuangan umat Islam Palestin khususnya yang masih menerima tekanan hebat daripada Amerika Syarikat dan Israel. Setakat ini menurut beliau, hasil daripada keperihatinan umat Islam di seluruh negara, PAS telah berjaya menyalurkan kira-kira RM4.5 juta (1 juta Euro) kepada kerajaan Palestin. "Kerjasama antara PAS dan Hamas akan terus dijalin dan dipereratkan untuk kepentingan ummah dan berkongsi isu-isu bersama," kata beliau. Sementara itu Abdul Rahman memberitahu pihaknya berharap menjangkakan rundingan antara Hamas dan Fatah untuk membentuk kerajaan campuran memperolehi hasil yang positif. Katanya rundingan pusingan kedua telahpun dimulakan di Gaza, Palestin, selepas rundingan antara Presiden Palestin, Mahmoud Abas yang mewakili parti Fatah dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khaleed Mashaal di Damsyik, Syria baru-baru ini. "Kami dari Palestin berasa amat gembira dan terharu dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, khususnya pemimpin PAS di dalam membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas dengan zalim," kata beliau. Beliau yang baru pertama kali dibenarkan keluar daripada Palestin selepas setahun Hamas memenangi Pilihan Raya Palestin berkata, beliau terkejut dengan sambutan yang diterimanya dan mendapati isu Palestin dan al-Quds begitu bermakna bagi rakyat di Timur Jauh. Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Nasharudin juga memberitahu delegasi Hamas bahawa PAS sentiasa bersama denyut nadi perjuangan rakyat Palestin malah beberapa usaha telah dilakukan bagi membantu Hamas membangunkan kerajaannya. Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa PAS telah mengadakan dua kali sidang meja bulat bersama beberapa rangkaian pertubuhan Islam di Asia bagi membincangkan secara khusus konflik yang berlaku di Palestin dan Iraq. Terdahulu sebelum dialog diadakan, pimpinan wanita Hamas dan Dewan Muslimat PAS Pusat telah berbincang dan bertukar-tukar maklumat mengenai pendekatan kedua-dua sayap parti Hamas dan PAS. Ustazah Azizah dan Dr Lo'Lo begitu teruja untuk mendengar pandangan Dr Maryam dan Muna yang menceritakan fungsi perwakilan wanita Hamas dan kedudukan wanita di dalam kerajaan Hamas. Menurut Dr Maryam, setakat ini wanita Hamas diiktiraf sebagai antara wanita yang begitu tinggi taraf pendidikannya kerana rata-rata wanita di sana memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam pencapaian pendidkan. Kelebihan itu kata Maryam membantu kepada perjuangan Hamas dalam melahirkan kepimpinan wanita Islam dan pimpinan wanita yang mampu menyumbang ke arah pembangunan sebuah kerajaan yang dipimpin Hamas./wann/mr. sumber: |
Friday, January 26, 2007
BERJUANG BIAR IKHLAS, MENEGUR BIAR BENAR
Semalam , visi kemanusiaan Unit AMAL dan Pemuda PAS Pahang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kluang dan Yong Peng Johor. |
Oleh: THOMAS CHONG |
Dokumen sulit bocor Peguam Negara diminta bertindak
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Pejabat Peguam Negara diminta mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit kerajaan mengenai konsesi tol. |
AUKU: AKTA YANG MENYELARAS ATAU MENGONGKONG MAHASISWA?
Malaysia adalah sebuah negara yang cukup unik dengan kepelbagaian golongan pemikir masyarakat yang cukup berkaliber dan berdedikasi dalam masyarakat. Selangkah menuju era ketamadunan Timur Tenggara, golongan mahasiswa dilihatkan sebagai golongan yang paling aktif dan dituntut dalam menyuarakan hak-hak manusia, mengutarakan pendapat dan pandangan serta memperjuangkan apa sahaja yang dirasakan perlu dalam agenda eksistensi keharmonian masyarakat sezaman. Sejajar dengan orentasi kewujudan mereka, golongan idealis ini, kini memainkan peranan paling penting di kalangan masyarakat setempat bagi memastikan kewarasan pemikiran masyarakat untuk berfikir jauh ke hadapan dalam usaha meramaikan golongan intelektual siswa. Kedudukan yang cukup strategik di mana keberadaaan siswa-siswi di posisi pertengahan masyarakat memberi mereka peluang untuk menyelami hati dan pemikiran masyarakat. |
Pengurusan UIAM didesak hormati pilihan mahasiswa
Abdullah Haji Abdul Karim |
KPN arah siasat -- Tentukan sama ada kelemahan kes libatkan ‘Man Datuk’ disengajakan
Oleh: MD. ZAN SAARI |
Thursday, January 25, 2007
Kaitan MONYET dan CINTA.
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Tuesday, January 23, 2007
ANTARA ANJING DAN AWEKMU
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je? |
SYARAT MENJADI SUAMI
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. |
Saturday, January 20, 2007
Diari Kongsian
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Perutusan Maal Hijrah 1428 Presiden PAS
Assalamualaikum wrt. wbt. |
Wednesday, January 17, 2007
Salahuddin cabar Pengerusi SPR bersumpah
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman untuk bersumpah dengan kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' di Masjid Negara jika Rashid menafikan semua tuduhan beliau. |
Tuesday, January 16, 2007
SPR permainkan cadangan pembangkang
RAUB, 16 Jan (Hrkh) - Kemerosotan demokrasi di negara ini lengkap apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih pemerintahan. |
Menilai Kembali Pendapat Dr. Asri Tentang Intipan Khalwat
Menilai Kembali Pendapat Dr. Asri Tentang Intipan Khalwat oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (M.A) Tutor Fakulti Pengajian Islam, UKM www.darulfuqaha.com / attakri@yahoo.com / 013 3621236 Pada hari kenyataan sahabat kesayangan saya Sahibus Samahah Dr Asri Zainal Abidin tentang isu intipan khalwat disiarkan oleh NST pada 15 Disember 2006 saya telah dihubungi oleh sahabat baik beliau Ustaz Rasyid Idris yang juga sahabat karib saya untuk memberikan respon akademik. Untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan tanpa berlengah, saya membelek helaian tulisan para sarjana Islam untuk melihat persoalan ini. Akhirnya, saya mengeluarkan satu artikel ringkas menjelaskan bahawa perlu dibezakan antara penguatkuasa dan orang awam dalam isu ini. Penguatkuasa dibenarkan untuk membuat intipan khalwat sekiranya mendapat satu maklumat daripada sumber yang dipercayai. Pandangan ini saya petik daripada tulisan Abu Ya`la al-Farra’ dalam karya beliau al-Ahkam al-Sultaniyyah. Artikel saya telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada tarikh 21 Disember 2006 tetapi suntingan dibuat oleh pihak akhbar hingga beberapa maklumat penting telah ditinggalkan. Artikel lengkap saya itu telah dimuatkan ke dalam laman web al-ahkam.net dan dibincangkan dalam ruangan forum. Rata-rata forumer berpendapat bahawa pandangan yang saya lontarkan itu tidak berbeza dengan pandangan Dr. Asri. Namun, apabila saya membaca wawancara beliau dengan MIngguan Malaysia pada 7 Januari dan wawancara ekslusif bersama Dato’ Johan Jaafar dalam TV 1 pada 14 Januari 2006, ternyata bahawa beliau masih berpendapat penguatkuasa tidak sepatutnya membuat intipan dan serbuan khalwat. Justeru, saya merasa perlu untuk dikemaskini lagi artikel saya untuk tatapan masyarakat Islam agar pandangan yang lebih tepat dalam masalah ini dapat difahami oleh masyarakat Islam. Setakat penelitian saya Abu Ya`la (mati 458H) adalah antara orang yang awal membicarakan tentang hokum intipan khalwat oleh penguatkuasa ini. (Sekiranya ada sarjana yang lebih awal membicarakannya harap dapat dimaklumkan kepada saya untuk mengukuhkan lagi artikel ini). Abu Ya`la menjelaskan, tidak harus bagi seorang penguatkuasa melakukan intipan mencari maksiat yang disembunyikan. Tetapi sekiranya ada sangkaan berat bahawa ada yang cuba menyembunyikannya menerusi petanda-petanda atau kesan-kesan yang nyata ia terbahagi pada dua. Pertama: maksiat yang sekiranya dibiarkan, akan berlaku satu pencerobohan dan pencemaran terhadap maruah dan kehormatan yang akan terlepas daripada disekat dan dihalang. Beliau mendatangkan dua contoh iaitu berkaitan zina dan pembunuhan. Menurut beliau, misalnya, sekiranya seseorang yang dipercayai membuat aduan kepada penguatkuasa tentang seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang lain untuk dibunuhnya atau dua orang lelaki dan perempuan berdua-duan untuk melakukan zina. Maka penguatkuasa dalam keadaan ini boleh membuat intipan dan berusaha untuk membongkar, menyiasat dan menyelidiknya untuk mengelak daripada terluputnya usaha menyekat dan menghalang sesuatu yang melibatkan penceramaran dan pencerobohan terhadap kehormnatan. Begitu juga dengan penguatkuasa yang sukarela (yang tidak dibayar gaji), boleh juga melakukan intipan. Dalilnya ialah kisah Mughirah bin Syu`bah. Seorang wanita daripada kalangan Bani Hilal bernama Ummu Jamil, suaminya bernama al-Hajjaj bin `Ubaid, selalu datang bertemu beliau di Basrah.. Perkara itu diketahui oleh Abu Bakrah bin Masruh, Sahl bin `Ubaid, Nafi` bin Harith dan Ziyad bin `Ubaid. Mereka lalu mengintipnya hinggalah apabila wanita itu masuk bertemunya mereka menyerbu mereka berdua. Umar tidak menyalahkan tindakan mereka menyerbu, tetapi mereka dihukum oleh Umar dengan hukuman tuduhan zina kerana telah menuduh al-Mughirah berzina dengan tidak cukup saksi. Kedua: ialah maksiat yang keraguannya kurang daripada itu. Maka tidak boleh dilakukan intipan dan penyiasatan (al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut, t.th, hlm. 295-296) Pandangan beliau ini telah dinukilkan pula oleh al-Mawardi dalam karyanya yang mempunyai tajuk yang sama iaitu al-Ahkam al-Sultaniyyah, seterusnya oleh al-Nawawi dalam Sharh Muslim ketika menghuraikan hadis “sesiapa yang melihat kemungkaran” dan Ibn Rajab al-Hanbali juga ketika menghuraikan hadis yang sama (Jami` al-`Ulum wa al-Hikam, Dar al-Khayr, Beirut, Juz 2, hlm 154) Justeru, intipan oleh penguatkuasa dalam persoalan khalwat adalah bertujuan untuk menghalang sesuatu yang melibatkan pencerobohan dan pencemaran terhadap maruah dan kehormatan manusia berlaku. Pandangan Abu Ya`la ini menunjukkan bahawa status maksiat zina dan khalwat serta pembunuhan adalah berbeza dengan status maksiat lain. Kebimbangan berlakunya maksiat zina membolehkan penguatkuasa membuat intipan. Justeru, sekiranya para penguatkuasa hari ini memberikan satu keprihatinan terhadap usaha tangkapan khalwat ia merupakan suatu tindakan yang ada justifikasinya iaitu ia melibatkan kebimbangan perlakuan zina berlaku. Justeru, tindakan itu dibenarkan oleh syara`. Penguatkuasaan terhadap jenayah khalwat adalah dibawah bidangkuasa penguatkuasa agama hari ini. Justeru, mereka perlu bertindak berdasarkan ruanglingkup kuasa yang telah diberikan oleh undang-undang. Kegagalan melaksanakannya adalah satu kecuaian terhadap amanah yang diberikan. Tetapi, mereka tidak pula diberi kuasa untuk menangani persoalan pembunuhan. Justeru, persoalan intipan terhadap perlakuan yang dibimbangi berlaku pembunuhan tidak dibicarakan di sini kerana ia tidak membabitkan penguatkuasa agama berdasarkan undang-undang negara hari ini. Mungkin timbul persoalan; kenapa hanya khalwat? Bagaimana dengan perlakuan maksiat terang-terangan yang berlaku? Saya menyatakan bahawa perbincangan perlu difokuskan pada setiap satu tugas tersebut. Focus pertama ialah perbincangan tentang khalwat. Ia suatu kewajipan. Jika ia dilakukan, perhargaan perlu diberikan di atas usaha menangani khalwat itu. Fokus kedua ialah pada usaha menangani perlakuan maksiat yang dibuat terang-terangan. Sekiranya berlaku kecuaian dalam menangani perlakuan maksiat terang-terangan seperti berpakaian tidak senonoh di khalayak awam, penguatkuasa perlu dipersalahkan atas kecuaian itu. Penguatkuasa perlu digesa dan digerakkan untuk bertindak. Tetapi, bukannya dengan mempertikaikan intipan dan serbuan khalwat yang dibuat. Namun, untuk lebih adil kepada penguatkuasa agama, soalan yang perlu dilontarkan juga ialah berapa ramaikah kakitangan penguatkuasa yang ada? Adakah bilangan mereka mencukupi? Sekiranya tidak mencukupi, isu yang ditimbulkan ini sepatutnya menggerakkan hati pihak berkuasa untuk menyediakan peruntukan kakitangan yang lebih ramai untuk melakukan tugas-tugas mencegah kemungkaran yang sememangnya banyak demi untuk kebaikan ummat dan pembangunan tamadun manusia yang bersih dan murni. Pandangan serong terhadap usaha penguatkuasa menangani khalwat ini bukanlah suatu yang mengherankan sekiranya kita faham betapa masyarakat hari ini memandang ringan pada perlakuan zina dan mukaddimah zina. Inilah kejayaan media barat mempromosi gaya hidup bebas dan seks bebas menerusi filem dan iklan propaganda mereka. Zina tidak lagi dianggap suatu kesalahan bahkan dianggap sebagai norma masyarakat barat, malah ia sudah mula diterima oleh segelintir masyarakat Islam yang jauh daripada Islam. Ia dihalalkan menggunakan lesen hak peribadi. Selebriti barat yang bersekedudukan tanpa nikah hingga melahirkan anka-anak zina dianggap satu perkara biasa bahkan dibangga-banggakan pula. Masyarakat berbicara tentang kehidupan mereka sebagai satu cerita biasa lambang kehidupan masyarakat bertamadun! Bagi seorang muslim, ia melibatkan maruah umat. Justeru itu dibezakan dengan perlakuan maksiat lain. Perbezaan itu dilihat menerusi hokum intipan. Intipan boleh dibuat oleh penguatkuasa, tetapi bukannya oleh orang awam. Orang awam kekal dengan hokum umum iaitu larangan mengintip yang sabit dengan hadis dan ayat al-Qur’an. Namun, menariknya Ibn Rajab al-Hanbali juga menukilkan perbahasan tentang mencegah maksiat tersembunyi tak dilihat oleh mata tetapi diketahui. Satu riwayat daripada Ahmad menyatakan tak perlu diambil peduli dan diselidiki. Satu lagi riwayat menyebut, boleh didedahkan maksiat tersembunyi sekiranya dapat dipastikan ia berlaku. Sekiranya didengari suara nyanyian yang diharamkan atau alat-alat muzik dan diketahui tempatnya dia perlu mencegahnya kerana mungkar telah dipastikan berlaku dan diketahui tempatnya. Sekiranya tidak diketahui tempatnya maka tak ada sebarang kewajipan. Saya merasakan perbahasannya itu ditujukan kepada tanggungjawab masyarakat awam. Ia bermaksud, berlaku perselisihan pendapat dalam membicarakan tanggungjawab orang awam dalam menangani maksiat tersembunyi yang diketahui berlaku. Justeru, kesimpulannya ialah tindakan penguatkuasa hari ini adalah bertepatan dengan Islam dan pandangan Mufti Perlis adalah tersasar daripada kebenaran. Walaubagaimanapun saya berdoa agar beliau diberikan ganjaran oleh Allah atas niat baiknya untuk melihat Islam tidak dicemari dengan perlakuan dan tindakan yang bercanggah dengan Islam yang memburukkan wajah Islam. Namun, kebimbangan besar saya ialah wajah-wajah penguatkuasa agama yang ikhlas ini telah diburukkan dengan isu ini lalu dianggap pula sebagai penjenayah. Ia membuatkan saya bertanya: Adakah isu ini wajar ditimbulkan? sumber: |
Monday, January 15, 2007
Paksa murid kutip derma: Marathon, jogathon langgar syarak - Taib Azamuddin
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Sunday, January 14, 2007
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Hari ini (14/1/2007) aku berkesempatan untuk ke "Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam" anjuran Ministry Of Science, Tenchnology and Innovation (MOSTI) Malaysia. Aku pergi bersama-sama rakan-rakan dari Sahabat Al-Biruni dan Pusat Islam. Pada pendapat aku, perkara ini sangat baik. Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana berjaya menganjurkan sesuatu yang bermanfaat. Peluang ini sepatutnya diambil oleh ssegenap pihak. Pameran ini mampu membuka minda pengunjung, betapa 'saintis' Islam dahulu mendahului saintis barat. Ciptaan seperti kereta kebal, kincir angin dan lain-lain memang hebat. Penemuan astronomi, pelayaran dan sebagainya sangat-sangat hebat. Tahniah sekali lagi buat kerajaan Malaysia kerana menganjurkan pameran tersebut. Tetapi, perlu diingat, Islam bukan hanya pada 'syi'ar' semata-mata. Syari'at merupakan aspek yang sangat penting dalam Islam. Jangan 'hadhari' semata-mata, pada masa yang sama menghina hukum hudud, pegang bahu artis, berlaga pipi dengan artis Bollywood. Apa ertinya Islam Hadhari? Sangat mengelirukan. Namun, perkara baik perlu kita sokong. Diharapkan program-program bermanfaat sebegini akan diperbanyak. Dan konsert-konsert maksiat, pergaulan bebas akan dikurangkan. UMNO perlu tahu. Matlamat PAS adalah ISLAM. Maka, jika UMNO benar-benar hendak bawa Islam, maka menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, PAS akan dibubar. Kerana PAS bukan gilakan kuasa, tetapi 'gilakan' ISLAM. Jika UMNO mahu Islam ditegakkan secara kaffah, maka PAS akan bersama-sama UMNO untuk menegakkan Islam. WaLlahu a'lam. |
Jangan uji kesabaran kami - PAS tegur SPR
KUALA LUMPUR, 13 Jan - Jangan cabar orang yang masih bersabar dengan pengkhianat yang bukan sahaja mengkhianati amanah rakyat malah bodoh dan gagal dalam menjalankan tugasnya, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. |
Saturday, January 13, 2007
Makan makanan.
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Pencabulan sistem demokrasi berpilihan raya oleh BN
Anual Bakhri Haron |
PAS hantar peluru berpandu ke Putrajaya
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Keputusan PAS memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, kata bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin. |
Pendidikan Seks Kebangsaan
BismiLlah. |
Friday, January 12, 2007
SPR 'kuda tunggangan' BN - Gerak
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) haruslah melihat tindakan memboikot pilihan raya oleh pembangkang sebagai satu peluang untuk keluar dari kepompong parti pemerintah. |
Dedahkan dokumen perjanjian konsesi lebuh raya
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim |
lama tak menulis
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Monday, January 08, 2007
Pelajar Bunuh Diri Kerana Gangguan Streamyx?
MIRI 4 Jan. – Seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pujut, ditemui mati tergantung di rumah sewa keluarganya di Pujut, dekat sini, dipercayai kerana kecewa tidak dapat melayari internet berikutan masalah TMnet Streamyx. Mangsa, Daniel Boniface, 12, ditemui kakaknya dalam keadaan sudah tidak bernyawa kira-kira pukul pukul 5.30 petang ini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri dengan bantuan jirannya. Ibu mangsa, yang enggan namanya disiarkan memberitahu pemberita, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu dipercayai bertindak demikian mungkin kecewa setelah gagal menggunakan program chatting dan melayari laman-laman web kegemarannya. ‘‘Mangsa sudah berkali-kali menelefon TMnet Streamyx hotline, di 1-300-88-9515 tetapi gagal mendapat layanan. ‘‘Mangsa mungkin kecewa kerana permintaannya untuk membaiki talian internetnya tidak dilayan. Beliau yang juga ibu tunggal berkata, dengan hanya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah lot TM Point, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana pihak TMnet memang selalu menghadapi masalah. ‘‘Minat mangsa dalam pengkomputeran memang mendalam. Tak sangka dia pergi begitu sahaja kerana masalah Streamyx. Jika dia masih hidup tentu dia boleh jual syarikat Streamyx kepada Comcast kelak,” katanya. Katanya, mangsa sebelum ini pernah meminta pertolongan di kaunter TM Point tetapi tidak dilayan kerana disangka meminta sedekah. Katanya, mangsa kemudian meminta pertolongan Pak Guard yang berhampiran tetapi dia tidak juga dilayan sebaliknya PakGuard tersebut mengacukan senapang patahnya ke kepala mangsa sambil berbisik ,"Servis Streamyx ini hanya untuk orang-orang besar dan orang-orang kaya sahaja, dah pergi main jauh-jauh!" ‘‘Mangsa mungkin amat kecewa kerana semua masyarakat di sekelilingnya mengamalkan kronisme dan tidak adil dalam melakukan sesuatu servis, lalu membunuh diri" Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pusat Miri yang ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung talian Streamyx mangsa telah dibaiki selepas mayat mangsa ditemui 5 minit kemudian. sumber: http://beritapalsu.blogspot.com/2007/01/pelajar-gantung-diri-kerana-streamyx.html p/s: nakal manusia sebegini. Tapi, seorang budak mati meniru gaya Saddam Hussein. Begitu menurut Suhailah dan Ziera. Tapi cari juga berita tu, untuk aku baca dan sertakan sumber di sini. Belum jumpa lagi. |
Hampir 5,000 berhimpun membantah kenaikan Tol, Samy dan Abdullah jadi sasaran cemuhan!
PETALING JAYA, 7 Jan (Hrkh) - "Samy get out!", "Pak Lah Turun!" "Turun BN!" dan "Turun Tol" adalah laungan amarah rakyat yang tidak dapat dibendung lagi bagi membantah kenaikan harga tol yang berkuatkuasa baru-baru ini Laungan itu kedengaran bergema sekitar jam 4 petang tadi di hadapan kompleks beli-belah Sunway Pyramid yang berjaya menghimpun sejumlah hampir 5,000 orang ramai dan turut dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti politik, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa. Turut hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa;Naib Presiden, Mohamad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; dan pimpinan lain seperti Haji Mahfuz Omar; Dr Zulkifli Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Lo' Lo' Ghazali. Selain itu hadir sama ialah Presiden MTUC, Syed Shahir; Bendahari KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; Ketua AMK, Shamsul Iskandar; Ketua Wanita KeADILan, Puan Fuziah; Ustaz Badrul Amin, Shaari Sungib (GMI), Ronnie Liu (DAP), YB Dominic (DAP), Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan, Pengarah Urusan Suaram, Yap Swee Seng dan lain-lain ahli-ahli politik,aktivis masyarakat dan para mahasiswa. "Kita nak tunjukkan isyarat jelas kepada kerajaan!" kata Setiausaha Protes Kenaikan Tol (Gabungan Parti Pembangkang, Kesatuan Pekerja dan Pertubuhan Kerajaan), Dr Hatta Ramli ketika berucap di hadapan orang ramai. "Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan sikap kerajaan yang suka menindas! Ini sudah sampai ke tahap maksimum!" katanya lagi. Manakala Presiden Protes Kenaikan Tol, Syed Shahir dalam ucapannya menuntut supaya kerajaan membatalkan keputusan menaikkan kadar tol, mendedahkan segala perjanjian konsesi lebuh raya antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya dan menubuhkan jawatankuasa pemeriksa kira-kira bebas untuk mengkaji kenaikan tol ini. "Jangan tipu rakyat! Dedahkan perjanjian yang ada!"katanya dan disambut oleh laungan orang " TOL : Tipu Orang Lagi!" Samy Vellu jadi sasaran cemuhan dan meluat orang ramai Turut kelihatan kain rentang dan sepanduk dinaikkan untuk menyatakan rasa marah dan benci orang ramai terhadap keputusan kerajaan menaikkan tol antaranya bertulis "Rakyat disekat kroni ketawa" "Hapuskan Tol","BN bazir duit rakyat" dan "Semenjak Pak Lah jadi PM, semua barang naik!" Mewarnakan lagi rasa meluat, orang ramai mengangkat sepanduk-sepanduk yang dilakarkan dan diletakkan wajah Dato' Seri S Samy Vellu sambil melaungkan "Samy Get Out!" "Samy Turun!" dan ada yang turut mengajuk cara cakap Samy :"Kalau you mau facility, you mesti bayar," Selain itu Ustaz Nasharuddin yang turut berucap melahirkan rasa kesal dan kecewanya atas tindakan kerajaan yang langsung tidak mempedulikan nasib dan rintihan rakyat yang terhimpit selama ini "Mereka tidak endahkan rintihan kita! Mereka langsung tidak mempedulikan nasib kita!" katanya. "Rakyat sudah tidak tahan lagi! Sudah cukup penderitaan yang dialami!" katanya lagi sambil menggesa kerajaan segera membatalkan kenaikan tol. Setelah selesai ucapan-ucapan, perhimpunan kemudiannya berarak menuju ke jalan raya bandar Sunway untuk meneruskan lagi protes kenaikan tol dan suasana menjadi sedikit kelam-kabut apabila pasukan anggota polis termasuk polis trafik dan polis simpanan persekutuan (FRU) berkejaran ke sana-ke mari bagi menjaga lalu-lintas dan orang ramai yang mula memenuhi kawasan jalan hingga mengakibatkan jalan menjadi sesak. Jalan menjadi sesak Orang ramai kemudiannya membanjiri di sepanjang tebing jalan tersebut dan kehadiran ribuan orang ramai menyebabkan polis terpaksa 'menyambut' kedatangan mereka dan mengawal suasana jalan raya tersebut dengan bantuan 2 buah kereta perisai 'water cannon', 5 trak dengan lebih 100 anggota FRU yang kebanyakannya terdiri daripada wanita, lebih 50 anggota polis berseragam dan hampir 30 anggota polis berpakaian preman serta memakai riben merah di lengan. Jalan raya di kedua-dua arah menjadi sesak seketika dan sekitar 5.15 petang, polis terpaksa menutup sebelah jalan raya menuju ke Kuala Lumpur bagi menghalang kenderaan untuk masuk atau melalui hadapan Sunway Pyramid. Pengguna-pengguna jalan raya yang berkenderaan seperti kereta, lori dan bas turut memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut dengan membunyikan hon masing-masing. Suasana ini seolah-olah mengulangi situasi yang berlaku pada demonstrasi di Lebuh raya Kesas di Jalan Kebun pada era 'reformasi' tahun 1990 lalu yang turut berjaya menghimpunkan ribuan orang ramai. Kelihatan di kedua-dua tebing jalan arah yang bertentangan, orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perhimpunan tersebut malah jambatan yang merentangi berhadapan kompleks beli belah tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Rakyat mesti 'hukum' kerajaan pada pilihan raya akan datang Walaupun suasana agak kelam kabut dan tegang sedikit, perhimpunan selama 2 jam itu akhirnya bersurai tanpa sebarang insiden dan tangkapan dilakukan oleh pihak polis. "Rakyat semakin sedar dan peka dengan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan," kata Salahuddin ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut. "Rakyat akan menghukum kerajaan pada pilihan raya akan datang!" katanya dan akan turut membangkit isu Tol dan isu-isu semasa pada pilihan raya kecil Batu Talam, Pahang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Ketika perhimpunan sedang bersurai, seorang peserta dengan nada yang kuat mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis. "Terima kasih polis atas kerjasama anda, jumpa lagi anda pada 14 Januari di Tol Gombak pula!" katanya sambil tersenyum dan perkara ini turut disahkan oleh Dr Hatta dan mengalu-alukan lagi kedatangan orang ramai untuk memberi sokongan dan menghantar isyarat jelas agar kerajaan tidak lagi mempermain-mainkan nasib rakyat. "Demo seterusnya pada 14 Januari di Plaza Tol Gombak jam 4 petang. Ayuh beramai-ramai datang ke sana!" katanya.- Az Dapatkan berita selanjutnya pada keluaran Harakah cetak akan datang: 12 Januari 2007 sumber: p/s: BN = Barang Naik. (^^,). Sedarlah rakyat. Hal kebajikan rakyat pun mereka tak boleh jaga. Siap nak bisnes lagi dengan rakyat. Belum bercerita tentang perjuangan Islam lagi. Tukar kerajaan pada Pilihan Raya akan datang! Undilah Barisan Rakyat! |
Pengalaman Ke Kenduri Dato' Kamaruddin Jaafar
Bergambar dengan Ust Badrul Amin BismiLlahiRrahmaniRrahim. Lepas dari induksi AJK smlm, terus bergegas balik PJ untuk ke kenduri kahwin anak Dato' Kamaruddin Jaafar, S/U Agung PAS. Zaujah beliau kawan kepada ibu aku. Senior ketika di Kolej Tunku Kurshiah. Turut hadir ialah Tuan Guru Haji Hadi dan isteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Harun Din dan isteri, Mad Sabu, Nasharuddin Mat Isa, Dr Hatta Ramli, YB Salahudin Ayub dan ramai lagi. Majlis diadakan di Sheraton Hotel, Subang Jaya. Majlis begitu meriah dan gilang gemilang. Pada pandangan aku, majlis ini macam kenduri orang-orang kebanyakan. Tapi agak terperanjat, bila pihak hotel ada buat persembahan makanan. Seorang 'puteri' diusung ke dalam Selangor Ball Room tersebut, membawa nasik Beringin/Berangin. Tapi 'puteri' tersebut pakaiannya agak 'seksi'. Nak bawa makanan ke atas pentas. Di atas pentas, Tuan Guru Haji Hadi dan Dr Harun Din ada. Berdebar juga aku melihat keadaan itu. Aku ingat dia akan hidangkan untuk Haji Hadi semua. Rupanya dia hanya memberikan kepada pelayan di situ. Tarik nafas lega. Menariknya, pelayan lelaki hidang untuk lelaki, begitu juga dengan perempuan. Waktu makan, aku tak tahu, yang aku rupanya duduk semeja dengan Kamar Ainiyah. Aku memang tengah mencari contact no dia. Nak beri pada Nuha untuk program Helwani nanti. Dah balik baru mak beritahu. Bukan rezeki ku agaknya. Gambar-gambar dalam posting ini diambil di kenduri tersebut. Sempat bergambar dengan Ustaz Badrul Amin sahaja. Orang yang menggali kubur dan juga orang yang membaca talkin ketika ayah aku meninggal dulu. Yang lain cuma ambil gambar mereka dari jauh sahaja. Teringin nak salam Tuan Guru Haji Hadi lagi sekali. Tapi tak berpeluang. Bukan rezeki aku juga. Banyak lagi pengalaman yang tak dapat dikongsi di sini. Mama dengan Datin Seri Wan Azizah |
Saturday, January 06, 2007
Selamat Jalan WEJ.
BismiLlah walhamduliLlah. |
Hari ini, penuh cerita juga
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Abbas Tolak Pemecatan Dahlan Dari Fatah
Khamis, 04/01/07 - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menolak tuntutan sebahagian anggota Jawatankuasa Pusat gerakan Fatah, agar Muhammad Dahlan dipecat keanggotaanya kerana tindakannya yang membuat onar kepada bangsa Palestin, terutama rancangan pembunuhan perdana menteri Palestin, Ismail Haniyyah. |
Wanita Palestin ini memerhatikan rumah beliau diranapkan oleh jentolak rejim Zionis di perkampungan Issawiya, pinggiran Jerusalem, pada 25/12/06. Menurut Israel, tindakan meroboh dilakukan kerana rumah tersebut tidak mempunyai permit." sumber: |
Isu Saddam: Presiden Venezuela ambilalih peranan OIC!
KOTA BHARU, 5 Jan (Hrkh) – Apakah memadai dengan melahirkan rasa kesal dan sedih di atas hukuman gantung sampai mati yang dijalani Saddam Hussien Sabtu lalu, tanpa mengecam Amerika yang berada di sebalik tabir peristiwa itu. Inilah yang berlaku ke atas Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC) di era sekarang. Sedangkan sepatutnya organisasi milik umat Islam tersebut memiliki pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahmoud Ahmadinejad dan Muammar Ghadaffi. Dan kini kelantangan mereka diteruskan pula Presiden Venezuela, Hugo Chavez apabila menuntut George W Bush juga diheret ke mahkamah. Penganalisis politik tempatan melihat pemimpin OIC sekarang tidak mampu untuk meneruskan kecemerlangan badan tersebut kerana tidak mempunyai karisma yang tinggi, biar pun ada pensyarah di universiti tempatan melihat kejayaan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas tiga tahun menerajui kerajaan. Kata penganalisis terbabit sekiranya OIC memiliki pemimpin yang tegas dan berani kemungkinan hukuman ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien ditangguh seperti dialami dua bekas pegawai kanannya, Awad Ahmed Al Bandar dan Barzan Ibrahim Al-Tikriti. “Penangguhan hukuman itu dibuat kerana desakan peringkat antarabangsa ke atas kerajaan boneka Iraq, sebaliknya OIC tidak nampak peranannya ke arah itu,” katanya di sini. Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini, Saddam digantung sampai mati oleh Tribunal Tinggi Iraq setelah didapati bersalah terlibat dengan pembunuhan 148 penduduk Syiah pada 1980-an. Detik-detik hukuman gantung Saddam disiarkan ke seluruh dunia sehingga menimbulkan bantahan ramai. Malah di Iraq ia telah mencetus perang saudara. Presiden Venezuela hari ini dilaporkan mahu George W Bush diheret ke muka pengadilan seperti dialami Saddam kerana jenayah yang dilakukan di Iraq. Penganalisis berpendapat sepatutnya OIC memainkan peranan secara lebih tegas dalam kemelut yang melibatkan negara-negara Islam. “Namun OIC semakin tidak bermaya sekarang kerana dipimpin oleh tokoh yang kurang mempunyai karismatik lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa,” ujarnya. Turut kecewa dengan tindakan kerajaan boneka Amerika terhadap Saddam, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dengan menjelaskan hati umat Islam benar-benar tersentuh terhadap nasib yang dialami bekas presiden Iraq. “Walaupun Saddam terkenal sebagai pemerintah ‘diktator’, namun tindakan menghukum gantung sampai mati benar-benar mencabar sensitiviti umat Islam, apa lagi ianya didalangi oleh Barat. “Bush serta sekutu-kutunya sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam dan tindakan itu sebenarnya didalangi Amerika,” kata Husam. Tambahnya, ketegangan akan terus memuncak ekoran peristiwa berkenaan kerana dunia tidak boleh menerima hukumannya yang boleh dipertikaikan dalam pelbagai aspek. sumber: |
Thursday, January 04, 2007
Lanjutan Cinta Anta-Anti oleh Ustaz Hasrizal.
Category: Books |
Matinya Saddam DiTali Gantung - Umat Islam Mula Matang Dgn Taktik Syaitan America
"Langkah America dengan memperalatkan makhamah keldai Iraq mengantung Sadam Husein jelas menunjukkan langkah desperado America laknatullah untuk menghapuskan ' court evidence ' penting dalam kes pembekal gas beracun yang membunuh kaum kurds. 'Court evidence" itu ialah batang tubuh Sadam Husein yang masih boleh bercakap. Dengan hancurnya 'court evidence ' ini maka hilang bukti untuk mengheret usa ke makhamah jenayah perang dunia berkaitan pembekal gas beracun kepada sadam. |
Wednesday, January 03, 2007
3 January 2207, bersamaan 13 Zulhijjah 1427
BismiLlahirRahmanirRahim. |
Tuesday, January 02, 2007
Remaja. Liar. Berhibur. New Year.
BismiLlah walhamduliLlah. Seronok baca surat khabar hari ini. Pelbagai info dapat. Yang nak dikongsi sekarang ni ialah 2 berita dalam Berita Harian. Keduanya pada muka 5 dalam slot Nasional. Isunya tentang, REMAJA. Berita pertama, dalam ruangan 'Sepintas' bertajuk 17 lelaki ditahan. Hmm...seperti biasa, malam² sesuatu sambutan, biasanya akan jadi pergaduhan. Seperti yang pernah aku lihat di hadapan tengkorak aku sendiri suatu masa dahulu. Dalam berita ini, ia melibatkan remaja termasuk 'punk'. Termasuk yang ditangkap ialah warga Myanmar yang menjalankan operasi ragut. Selain itu, mereka mengambil kesempatan mencabul pengunjung wanita. Pendatang tak sedar diri. 'Brengset' (begini ejaannya, mungkin), bak kata Rika dalam BPBM.(^^,) Berita satu lagi ialah remaja yang cedera kerana terhempas ke jalan raya. Remaja tersebut dilambung kawan²nya ketika meraikan Sambutan Tahun Baru. Hmmm...seseparuh remaja yag ke sambutan² ni, keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi. Aku harap dia tidak tergolong. Kalau tidak, kantoi! Pada pendapat ku, sambutan seperti ini tidak sepatutnya wujud. Terlalu banyak masalah yang menimpa. Cukup lah dengan laki perempuan yang tidur berpeluk di MASJID KLCC selepas letih meraikan sambutan tersebut. Perempuannya tidak bertudung di sekitar masjid. Tidak malu manusia kini. Namun, ini cabaran bagi kita. Didoakan, semoga jika bukan generasi ini, generasi seterusnya akan mendapat hidayah. Ameen. Semoga ku kekal dalam gerak kerja ini. Ameen. |
Aku Tidak Tipu, kan?
Kuih Pau dan Maggi Mee - Satu Kongsian Jenaka
Message: pada suatu hari kueh pau dgn |
Kenapa Tak Update?
BismiLlahi walhamduliLlah. |
Monday, January 01, 2007
Anak-anak Saudaraku. Penyeri Keluarga Kami.
PLKN...oh..PLKN
BismiLlahi wal-hamdu liLlah. |
Kemenangan Hamas di Palestin, Suatu pengajaran
Sebelum saya mengulas berhubung dengan kemenangan Hamas di Palestin, terlebih dahulu kita perlu mengetahui mengenai perjuangan di Palestin. |
Doktor Kanak² Yang Digeruni Zionis : As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantissi
"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache". Siapakah manusia yg begitu berani memperlekehkan kecanggihan helikopter Apache ini ? Nama Syeikh Ahmad Yassin bukanlah satu nama yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu Palestin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selepas Haji Amin al-Husaini, beliaulah merupakan tokoh perjuangan kemerdekaan bagi rakyat Palestin. Tanpa mengenepikan Yasser Arafat yang lebih dikenali sebagai tokoh perjuangan Palestin di mata dunia, ternyata Syeikh Ahmad Yassin telah membuktikan kepada Allah, kepada rakyat Palestin dan juga kepada masyarakat dunia, bagaimana ikhlasnya beliau memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan juga Masjid al-Aqsa dengan mempertaruhkan nyawanya. Hasilnya beliau telah menemui apa yang dicita-citakannya selama ini pada 22 Mac 2004 apabila beliau syahid dibunuh oleh komando-komando rejim Zionis dengan tiga buah roket yang telah mereka lancarkan ke arahnya. Dr Aziz yang digeruni rejim Zionis telah meninggalkan kita. Kenapa kita masih berpeluk tubuh dan tidak mengambil peduli isu Palestin ? Nama Syeikh Ahmad Yassin tidak akan lengkap tanpa digandingkan dengan tokoh seperjuangannya. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Dr. Abdul Aziz al-Rantissi. Sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan HAMAS, beliau juga dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Berikut adalah serba sedikit profil mengenai tokoh yang telah mengatakan : "Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. JIka saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache". Beliau telah mendapatkan apa yang beliau hajati! Biografi ringkas Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 / 10 / 1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama para puluhan ribuan pelarian yang lain, pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan). Pendidikannya Sebagai seorang yang mempunyai otak yang cerdik beliau amat cemerlang di dalam pembelajarannya. Ketika baru berusia enam tahun sahaja beliau telah memulakan persekolahannya di salah sebuah sekolah di kawasan perkhemahan tersebut. Di usia sebegini muda juga beliau terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarganya yang besar dan miskin dan juga kehidupan mereka yang amat perit di kawasan perkhemahan yang serba daif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir. Di Fakulti tersebut beliau telah lulus dengan cemerlang dan telah menamatkannya pada tahun 1972 . Pada tahun 1976 beliau telah mengakhiri pelajarannya di peringkat sarjana (master) dalam pengkhususan peditriasi (perubatan kanak ? kanak), dan memulakannya kerjanya sebagai doktor peru batan di Hospital Nasir (Pusat perubatan utama di kawasan Khan Yunus). Penglibatannya di dalam perjuangan Bapa kepada enam orang anak (dua lelaki dan empat perempuan)dan sepuluh orang cucu ini telah mula aktif dengan gerakan islam dan aktiviti ? aktiviti islam semenjak beliau menuntut di Universiti Iskandariah lagi. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau amat aktif dengan kerja ? kerja amal, kebajikan dan dakwah seawal beliau memulakan perkhidmatannya di Khan Yunus. Antara penglibatan awalnya ialah sebagai jawatankuasa di peringkat pusat Majma Islamiy (sebuah pertubuhan islam di Gaza), pimpinan persatuan doktor ? doktor Arab cawangan Gaza dan juga antara pihak pengurusan pertubuhan bulan sabit merah Palestin. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak ? kanak dan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahun 1978. Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel. Pada 5 / 1 / 1988 beliau telah dipenjarakan buat kali kedua selama 21 hari di atas kesalahan yang sama. Keengganan beliau membayar cukai tersebut kerana kengganannya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap bumi tercintanya Palestin. Ketegasan beliau ini merupakan bibit ? bibit yang membawa kepada pembentukan keperibadiannya sebagai pemimpin sebuah gerakan islam yang berjaya menggoncang Israel di masa ? masa mendatang. Bersama dengan rakan - rakan seperjuangannya yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwanul Muslimin beliau telah mengasaskan gerakan ?HAMAS? pada tahun 1987 untuk memulakan kembali penentangan bersenjata terhadap Israel yang telah lama ditinggalkan oleh orang ? orang Arab dan kaum muslimin. Gerakan ini telah berjaya meletuskan gerakerja baru di dalam metod penentangan terhadap rejim Zionis. Gelombang ?Intifadah? yang telah diilhamkan oleh gerakan HAMAS telah membawa anak ? anak muda Palestin untuk keluar ke jalan ? jalan raya untuk bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Pembunuhan tentera ? tentera Israel dan juga kemusnahan yang minor berjaya dilakukan oleh HAMAS. Operasi ? operasi ketenteraan terhadap konvoi tentera Israel juga telah menggegarkan keutuhan tentera rejim Zionis buat pertama kali selepas mereka berupaya untuk berehat buat bertahun ? tahun lamanya selepas kerajaan ? kerajaan Arab telah mula meletakkan senjata mereka. Buat kali ketiganya beliau telah dipenjarakan pada 4 / 2 / 1988 kerana keterlibatannya dengan HAMAS yang didakwa oleh Israel sebagai tindakan pemberontakan yang subversif. Selepas dua tahun setengah dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan pada 4 / 9 / 1990. Sayangnya tiga bulan selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi iaitu pada 14 / 12 / 1990 selama setahun. Walaubagaimanapun, peluang beliau dipenjarakan buat kali keempat ini merupakan sesuatu yang bertuah. Beliau telah ditempatkan di dalam satu sel bersama Syeikh Ahmad Yassin, bapa perjuangan HAMAS dan juga ikon perjuangan rakyat Palestin. Peluang itu diambil olehnya untuk menghafal al-Quran. Ketika itu jugalah beliau telah membina replika masjid al-Aqsa dengan menggunakan kotak ? kotak terbuang yang masih boleh dilihat sehingga kini di meja di rumahnya beliau di bandar Gaza. D i dalam penjara itu jugalah beliau banyak menghasilkan syair ? syair perjuangan. Tidak hairanlah selain daripada ahli politik dan pemimpin HAMAS beliau juga amat dikenali sebagai seorang penyair. Dibuang negara Selepas dibebaskan pada penghujung 1991 beliau meneruskan aktiviti ? aktiviti untuk membebaskan bumi Palestin tanpa mengenal erti putus asa. Usaha rejim Zionis untuk melunturkan semangatnya dengan memenjarakan beliau tidak berhasil, malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS semakin bertambah kuat. Rejim Israel Zionis yang telah mula buntu akhirnya menghalau keluar 400 para pejuang kemerdekaan Palestin yang terdiri daripada para pejuang HAMAS dan juga gerakan Jihad Islami pada 17 / 12 / 1992 ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan. Pada waktu itulah bintangnya mula menyinar di peringkat antarabangsa bilamana beliau telah menjadi juru bicara para ?mub?adin? (orang ? orang yang diusir) untuk berbicara dengan para wartawan. Ini kerana kefasihannya di dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan rakan ? rakannya yang lain. Penonjolannya ini telah mewu judkan hubungan baiknya dengan para wartawan sehingga hari sebelum beliau syahid. Beliau amat disenangi oleh para wartawan, dan pintu apartmennya sentiasa terbuka kepada para wartawan dan junalis. Ini juga amat penting bagi HAMAS, memandangkan beliau merupakan pemimpin politik bagi gerakan tersebut (manakala Ahmad Yassin sebagai pemimpin spiritual mereka). Sekembalinya beliau dari Marja Zuhur ke Gaza, beliau telah dipenjarakan oleh pihak rejim sehingga tahun 1997. Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority ? PNA) yang diketuai oleh Yassir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada 10 / 4 / 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan kerana kematian ibunya. Walaubagaimanapun selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi sebanyak tiga kali oleh PNA. Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir kerana dua sebab, pertamanya kerana beliau melancarkan mogok lapar, dan selepas jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. Pembebasannya buat kali terakhir itu mengakhiri tempoh 27 bulan beliau dipenjarakan oleh PNA. Kebolehannya boleh berbahasa Inggeris menyebabkan beliau digemari wartawan Barat Pembebasannya itu bagaikan satu rahmat bilamana Syeikh Yassin sebelum itu telah pun dibebaskan juga. Dengan gabungan dua ikon perjuangan Palestin ini gerakan HAMAS menjadi bertambah mantap dan mendapat momentum perjuangan yang lebih kuat dari sebelum itu. Intifada gelombang kedua pada penghujung tahun 2000 sebagai satu bukti kekuatan HAMAS semakin bertambah. Strategi bom syahid yang diinovasikan oleh HAMAS semakin bertambah saban hari dan menjadikan penduduk Yahusi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai di antara mereka untuk berhijrah semula pulang ke tanah air asal mereka. Dianggarkan lebih 50,000 rakyat Israel yang keluar negara tidak pulang semula ke Israel semenjak tahun 2000. Dr. Rantisi juga sering ditemui oleh para wartawan dari serata dunia dan berjaya menyampaikan mesej perjuangan kemerdekaan mereka de seluruh dunia. Ini amat menggerunkan Israel, malah Amerika yang ingin memaksa dunia untuk melihat HAMAS sebagai perjuangan pengganas yang radikal. Gugurnya seorang pejuang Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan ? serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan : ?Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita?. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 / 3 / 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas k ematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mengsa buruan tentera Zionis yang seterusnya, dia menjawab: ?Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!?. As-Syahid Dr Aziz pergi menemui Allah dengan haruman syurga, insyallah Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah menemui Allah S.W.T sebagai seorang syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar ? legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi. Oleh : Maszlee Malek" sumber: http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=438 p/s: Semoga Allah merahmati Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz Ar-Rantissi. Harapanku dapat bangkit bersama mereka sebagai syuhada' di sisi Allah, walaupun berjuang di Malaysia. Al-Fatihah buat para syuhada' Allah. |
Ucapan PM sahkan RM600 juta untuk ketua bahagian
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Walau beberapa kali dinafikan, akhirnya terbukti peruntukan RM600 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika memberikan taklimat menjelang Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memang diberikan kepada ketua-ketua bahagian Umno. |
Kebesaran Allah, suatu ujian keimanan
Cinta Teragung Curah air ke tebing tinggi Tumbuh pohon indah berseri Dahannya teguh berdaun hijau Akar kukuh di tanah subur Tersusun rapi tiada bertingkah Rumpun alam seiring bersama Itu petanda ada pencipta Singkap tauhid pada manusia Belayar bahtera di lautan luas Seorang nakhoda perintah dijulang Dua nakhoda pastijadi pertelingkahan Petanda tiada dua pemerintah Tiada dua Tuhan disembah La ilaha illa Allah Ya Allah Kau yang berhak disembah Pemerintah alam Tempat mengadu segalanya Tidak dilahir tidak melahirkan Tiada setara kuasa denganMu Ya'Azim Padamu insan menyerah Mohon rahmat kasihMu Ya Rahman Kaulah yang Maha Kuasa Pencipta dunia yang tesergam indah Bukti adaMu wujudlah semesta Geraknya tersusun tiada tercela PadaMu cinta teragung Kaulah zat yang Esa Tiada seperti makhluk ciptaan Pada gambaran pasti bukan Dia Hmm..new year dah pun. smlm tidur awal kerana terlampau letih. Tak pergi pulak KLCC mcm biasa. Entah ada konsert ke tak? Entah ada operasi dakwah ke tak? Kalau ada jugak konsert, tak paham 'warning' la tu. Dengan banjir di Johor nya, taufan di Filipina nya, hukuman gantung Saddam lagi. Takkan langsung tak dapat iktibar. Kadang-kadang aku berasa sangat geram, bila permit untuk mengadakan ceramah tidak diberi, dikata perhimpunan haram dan sebagainya, tetapi konsert diberi. Islam Hadhari = Islam Liberal? Aku tak pasti apa berlaku tepat jam 12 td. Ada ke mercun etc? Duniaku gelap gelita dari pukul 11. Alhamdulillah dapat bangun subuh berjamaah. Tulisan ungu di atas tu adalah lirik lagu yang berkumandang dalam blog ini. Mula-mula aku dengar lagu ni, terus jatuh cinta, kerana liriknya. Sehingga kini, friendster dan blog aku akan berkumandang lagu ini. Lagu ini pada pendapat saya, mengajak pendengar agar berfikir seterusnya memberi respon terhadap lagu ini. Lagu ini menceritakan tentang tauhid kepada Allah, menceritakan kebesarannya. Jika diamati, dihayato, cukup untuk membuat seseorang menangis atau paling tidak bergenang air matanya, lantaran kecilnya diri manusia ini. Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang mengajak manusia berfikir, melihat dan memberi respon. Antaranya, yang cukup menyeyatkan hati aku adalah ayat 17, surah Al-Ghasyiah yang bermaksud: "(Mengapa mereka Yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta Bagaimana ia diciptakan?" Walaupun diri aku tak tahu (banyak) apa yang istimewa tentang unta ini, tapi terasa kecil, bodohnya diri ini. Juga terasa Ta'zimnya Allah ini. Dek kerana terkesan oleh 'cabaran' Allah ini, pernah aku bercita-cita untuk mengkaji keistimewaan unta ini, sehingga kejadiannya termaktub dalam Al-Quran. Masya-Allah. Subhana-Allah. Pujian hanya bagi Allah sahaja. Akhir kalam, baru je dapat call dari Kay. Betul ke minyak naik harga lagi? 50 sen? Kejap lagi nak ke petrol station untuk check. illalliqa'. |


















