"The old man ('Abd al Muttalib) was overjoyed at the news and must have Dia Kekasih Allah Album : Jalan Bahagia Munsyid : Hijjaz http://liriknasyid.com Malu rasanya mengatakan cinta Kepada dia kekasih Allah Kerana dia insan mulia Sedangkan diriku insan biasa Ku pujuk jua hati dan jiwa Meluahkan rasa cinta membara Didalam pujian ucapan selawat Tanda penghargaan seorang umat Selagi upaya ku turuti ajarannya Apa terdaya ku amalkan sunnahnya Moga didunia mendapat berkat Di akhirat sana beroleh syafaat Kerana peribadinya aku terpesona Kerana budinya aku jatuh cinta Rindu ku padanya tiada terkata Nantikanlah daku ditaman syurga Sesungguhnya apa yang ku dambakan Adalah cinta Allah yang Esa Kerana cinta kepada Rasulullah Beerti cinta kepada Allah Lagu : Putra Aiman Hijjaz Records Sdn.Bhd Lirik : Ito Lara Gurindam Entertainment |
Saturday, March 31, 2007
Maulidurrasul 1428 H
Friday, March 30, 2007
"Sejenak Bersama Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi (1869 – 1954)" by Ustaz Hasrizal
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Aiman Ismail's Exam List for Semester 2, Academic Year 2006/2007
BismiLlahiRrahmaniRrahim |
Fatwa Sheikh Prof. Dr. Wahbah al Zuhaily Tentang Malaysia Negara Islam?
Soalan : Saya seorang warganegara Malaysia , telah mendengar pelbagai pandangan mengenai adakah Negara Malaysia termasuk di dalam definisi Negara Islam. Saya harap tuan dapat memberi jawapan. |
Announcement : New Widget
BismiLlahiRrahmaniRrahim.
These songs are by Bro Dhuat. I would like to dedicate these songs to all Mujahids and Mujahidahs out there. Thank you Bro Dhuat for such nice songs. May Allah bless you with istiqamah in this path! p/s: betul ke yang di tepi tu dipanggil widget. Rasa macam betul dah. Entah lah... |
Buat Para Da'i.
Di sebuah lorong, antara dua bangunan kedai pakaian terkemuka dan sebuah kedai karpet di tengah kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur…Seorang gadis berpakaian serba singkat, berjalan melepasi seorang jejaka Muslim yang macho dan tampan pakaiannya.. lalu berkata.. |
Thursday, March 29, 2007
SKIMA - PELANCARAN "DOKUMEN TEKAD" KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA
SEKRETARIAT KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA (SKIMA) |
"Berseni" Bersama Ustaz Akhil Hayy
"Berseni" bersama Ustaz Akhil HayyAhad malam Isnin , 1 April 20079:00 Malam di Teras Jernang , Bangi |
Sunday, March 25, 2007
Solat Berjamaah
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Aku terbayang kalau kita berkawad, Kita diajar patuh pada arahan ketua, kalau tersalah alamatnya susahlah kita, begitu kentalnya kita menjaga displin semasa dipadang kawad, baju kena kemas tajam bergosok, kasut kena berkilat. Natijahnya, orang-orang komander semuanya kemas dan berdisplin serta dengar arahan ketua. Bagaimana hendak dikaitkan dengan solat Jemaah. Sahabat-sahabat semua, jika kita jaga solat jemaah, InsyaAllah kita displin yang ada pada solat jemaah itu akan kita dapat praktikkan di dalam kehidupan seharian. Dari segi masa kita jaga dan sikap-sikap yang positif dapat kita semai. Biar pun pahit, namun kerana ubat ia terpaksa ditelan bagi mengubat sesuatu penyakit. Begitu juga apa yang dihasratkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau meluahkan rasa agak terkilan terhadap sesetengah pendokong gerakan Islam yang tidak mengutamakan solat berjemaah, sedangkan ia menjadi tuntutan utama agama. Kata beliau masih ada mereka yang terlibat dengan gerakan Islam, namun tidak mengutamakan tuntutan tersebut. "Inilah di antara salah satu faktor yang menyebabkan perjuangan Islam lambat mencapai kemenangan." Salam Ramadhan untuk semua.. /* Khusus untuk AKU dan umum untuk SEMUA */ sumber: http://hiz-one.blogspot.com/2006/09/solat-jemaah.html p/s:Kerana aku memandang ianya penting untuk diberi peringatan, maka aku post artikel yang sama buat kali kedua. |
"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" - Ustaz Hasrizal
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Sebuah artikel yang menarik. Dari seorang yang menarik. Dalam website yang menarik. Pandangan beliau perlu untuk kita fikirkan bersama. Aku personally setuju dengan beliau. Sekurang-kurangnya dengan membaca tulisan beliau ini, dapatlah membuka minda kita. Baca, jangan tak baca. Agar ia menjadi pencetus untuk kita terus mengkaji. WaLlahu a'lam. p/s: Sengaja aku tidak pastekan tulisan beliau di sini. Dengan niat supaya anda melawat website beliau, dan sentiasa update dengan tulisan beliau. Semoga Allah menganugerahkan beliau istiqamah dalam jalan ini. |
Thursday, March 22, 2007
They Die For Islam!
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Islam Hadhari sesat dan menyesatkan - Presiden PAS
ARAU, 22 Mac (Hrkh) - "Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu." |
PAS UNTUK SEMUA
|
Cerpen : Di Manakah Abi?
Cerpen "Di Manakah Abi?". |
Syukur
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Wednesday, March 21, 2007
Bersama dalam kesepakatan. Berlapang dada dalam perbezaan.
AMARAN: jika anda tidak biasa dengan isu khilafiyyah, dan tidak biasa dengan al-ahkam, anda mungkin akan keliru dengan entry kali ini. |
Monday, March 19, 2007
Nasyid (lagi) dan Azimat Ibunda
BimiLlahiRrahmaniRrahim. Azimat Ibunda (Klik Tajuk Untuk Muat Turun) Album : Halawatul Iman Munsyid : Far East http://liriknasyid.com langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata Hanya rindu & doa buatmu semoga kau tenang dan bahagia agar syurga menjadi milikmu bukan hanya di telapak kakimu menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan begitu indah setiap detik di dlm rahimmu sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu keperitan itu kau rasa indah demi anakmu setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu |
Sunday, March 18, 2007
Pengalaman Menjadi Pengerusi Tetap Muktamar
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Kejayaan materialistik...
"kehidupan tidak dikuasai oleh kebenaran, kebaikan tidak akan bisa tersebar luas, keadilan tidak mungkin ditegakkan, dan nilai-nilai luhur tidak akan berkibar di angkasa selama kehidupan dipegang oleh manusia yang bekerja semata-mata ingin memperoleh kemewahan dunia, selama kehidupan dikendalikan oleh orang-orang yang di dalam berjuang hanya ingin diperhatikan, ingin didengarkan orang lain, dan agar reputasinya selalu dibicarakan orang.." |
Saturday, March 17, 2007
Simposium dan Isu Sensitif
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Thursday, March 15, 2007
Sembang dengan Bro Dhuat
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Romeo+Layla (Demo) Narrator: Di kaki escalator, menuju ke tempat kerja, terlihat pemuda mengorat si dara. Si pemuda namanya Romeo, hasil daripada pendidikan secular, terpukau dengan kecantikan si Layla, Layla: "Aku bukan dagangan. Aku bukan murahan. Kembalilah kau kepada punca." Si Romeo kekagetan dengan tikaman jawapan. Romeo malu tidak terhingga. Itu sudah 3 tahun lamanya, sekarang Romeo ligat berusaha memartabatkan Islam di persada dunia. Dengan tidak disangka-sangka, ayahnya si Layla, pejuang setia seperti mana juga si Romeo haha(suspen) Mereka sering bersama merperjuangkan agama mengorbankan harta, jiwa dan raga. Satu tika Romeo terlihat si Layla menjemput ayahnya (ayah Layla) Oh! alangkah terkejut terkesima!(Romeo) Romeo membuat pengakuan kepada ayahnya si Layla tentang nakalnya dia(Romeo) di waktu muda. Romeo ingin membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Oh adakah si Layla masih keseorangan? Romeo: "Wahai ayah si Layla, ingin hamba bertanya, Adakah si Layla sudah ada kumbangnya?" Ayah Layla: "Wahai sang pejuang setia. Ya, si Layla sudahpun berpunya, namun tidaklah bermaksud dirimu hina." Si Romeo akur dan redha. Meneruskan perjuangan juga walaupun tidak dapat bersama dengan si Layla... Prosa/Ritma: Dhuat Album:Revolusi Pejuang Sejati 2007 Pendapat aku, liriknya menarik. Lagu jiwang juga. Tapi tiada pula unsur menyeru pada cinta maksiat seperti yang aku pernah bincang dalam tulisan lepas-lepas. Malah, si Romeo kekal meneruskan perjuangan, tak terkesan dek 'cinta tak tercapai'. Seperti yang pernah aku katakan dulu, media sepatutnya memainkan peranan mendidik masyarakat. Bukan merosakkan lagi masyarakat yang sedia rosak. Itu hanya propaganda Yahudi menghancurkan ummat Islam. Dan ummat Islam juga patut memanfaatkan media untuk mendidik masyarakat menghayati Islam. Teruskan bro Dhuat! Kepelbagaian method dakwah ini amat menarik bagi aku. WaLlahu a'alam. p/s: Dulu di blog Ustaz Hasrizal boleh download nasyid alternatif. Tapi dah rosak server nya. Jadi di blog Bro Dhuat ni aje yang aku tau. |
Demo Jumaat-9 Mac 2007
BismiLlahiRrahmaniRrahim.
Sekian sahaja. Aku berharap dapat istiqamah. Hari ini aku berkata dan bertindak semampu aku. Harapnya aku akan terus berkata berkata dan bertindak. WaLlahu a'lam. |
Tuesday, March 13, 2007
ELAKKAN PERPECAHAN UMMAT DARI ISU FURU’IAH
Oleh : Muhammad Hafiz bin Badarulzaman |
Monday, March 12, 2007
Saturday, March 10, 2007
Lebih 1,000 mahasiswa demonstrasi kutuk Amerika, Israel
Thursday, March 08, 2007
Perhimpunan aman bantah Israel esok
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Satu perhimpunan aman menentang kekejaman rejim Israel dan Amerika akan diadakan di hadapan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat esok. |
Wednesday, March 07, 2007
Melayu Syi'ah.
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Gosok gigi boleh sawan
Berus gigi secara berterusan boleh mengakibatkan sawan. Tidak percaya? Baca apa yang dilaporkan Berita Harian. |
PM nafi beliau akan berkahwin
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) – Bernama hari ini melaporkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan beliau akan berkahwin lagi. |
82 maut di Sumatera -- Gempa bumi turut dirasai di barat Semenanjung Malaysia, Singapura
Nikmat?
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Monday, March 05, 2007
One dead as Nablus raid continues
A Palestinian man was shot dead as the Israeli army continued their crackdown in the West Bank city of Nablus. |
US imam jailed for supporting Hamas
US judge has sentenced a Muslim imam to almost eight years in prison for giving support to the Palestinian group Hamas, which the US administration considers a terrorist organisation. |
5 Mac 2007. "Selamat Hari Lahir" Abah.
Sunday, March 04, 2007
Sekitar Pertandingan Nasyid Intervarsity Anjuran KLIUC
Nasyid : Jalan dakwah?
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Alhamdulillah. Selesai sudah pertandingan nasyid inter-varsity di KLIUC. Alhamdulillah, walaupun PPI tidak menang, namun kami hampir pasti kami tidak kalah. Berbekalkan 2 minggu sahaja untuk berlatih, mereka membanggakan! Sangat membanggakan. Pujian demi pujian mereka terima. Dari Far East. Dari Ito Lara (terutama pakaian mereka).Insya Allah, pertandingan akan datang pasti lebih baik. (Bergambar dengan Ito Lara.) Rata-rata semua kumpulan membuat persembahan dengan baik. Namun, aku tidak 'gemar' dengan persembahan dari UIAM. Mereka lain dari yang lain. Mereka menggunakan gitar. Namun bukan itu yang membuatkan aku tidak gemar akan persembahan mereka. Tetapi kerana muzik mereka dan lirik selawat itu kurang sesuai pada pandangan aku. Aku berpendapat pemain gitar mereka seakan-akan 'hanyut' di dalam muzik mereka. Hasilnya, lirik selawat mereka tenggelam ditelan muzik mereka itu. Aku tertanya-tanya. Apa agaknya tujuan mereka bernasyid? Duit? Atau piala? Atau kerana ingin berdakwah? Aku tidak nafi, bahawa nasyid mampu menjadi salah satu medium dakwah. Perlu difahami, dakwah ini bukan semata-mata mengajak orang memeluk agama Islam semata-mata. Sesuatu yang mendekatkan seseorang Muslim pada Allah juga dakwah. Pendidikan juga boleh menjadi dakwah. Menjadi alternatif kepada fitrah manusia yang mahukan hiburab, juga boleh menjadi dakwah. Nasyid menaikkan semangat jihad juga boleh menjadi dakwah. Lihat sahaja kesan dari lagu kumpulan Raihan bertajuk 25 Rasul. Beberapa ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang menghafaz nama 25 rasul yang wajib diketahui melalui lagu tersebut? Bagaimana pula dengan lagu sifat-sifat Allah? Selimut putih? Asma Alllah Al-Husna? Dan sebagainya. Namun aku melihat trend yang pelik pada kumpulan nasyid kontemporari. Aku tidak mengatakan semua. Lirik yang mematikan jihad. Melalaikan. Lihat sahaja lirik sebuah 'nasyid' di bawah ini: "...Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian Biar terpaksa rahsiakan hubungan..." Apa yang mereka cuba sampaikan ini? Dakwah kah ini? Seolah-olah menggalakkan remaja bercinta secara rahsia pula. Apa tujuan mereka bernasyid sebenarnya? Wang? Populariti? Seronok? Bakat? Atau dakwah? Jika wang jawapannya. Jika populariti jawapannya. Jika seronok jawapannya. Jika bakat semata jawapannya. Apa bezanya kumpulan nasyid dengan kumpulan Heavy Metal? Dan lain-lain. Aku mengharapkan kumpulan nasyid akan kembali ke pangkal dakwah. Apa peringkat sekali pun. Terutama adik-adik nasyid PPI yang aku sayangi. Perbaharui niat. Ikhlaskan hati. InsyaAllah, Allah akan menerima ia sebagai usaha kita. Tulisan ini hanya pendapat aku. Kritik. Tegur. Jika ada yang silap. Ada yang memikirkan sebaliknya. WaLlahu a'lam. p/s: Anda boleh download beberapa lagu kegemaran aku. Antaranya: Dibawah ini, sedikit sekitar pertandingan nasyid inter-varsity di KLIUC. (Kumpulan kegemaran aku pada malam itu.)(^^,) Nanti aku update lagi berita tentang malam tersebut. Walaupun tidak menang, namun mereka tetap menang dalam hati aku. |
Saturday, March 03, 2007
3 Mac : Antara Erra Fazira dan Sultan Abdul Hamid
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Sedar tidak sedar, 3 Mac muncul lagi. 3 Mac 2003 merupakan tarikh pernikahan Erra Fazira dan Yusri (KRU). Dengan hantaran sebanyak RM 33,333.33. Cerita hangat pernikahan 2 artis meniti di bibir segenap rakyat Malaysia pada tarikh tersebut. Siapa tidak kenal akan 2 artis yang dikatakan ibarat pinang dibelah 2 ini (dulu la). Majlis pernikahan mereka diadakan dengan besar-besaran. Jika tidak silap aku, mereka mendapat gelaran Couple Of The Year oleh Cadbury, dan disiarkan di televisyen. Jika tidak silap aku lah. Namun, akhirnya hubungan artis ini tidak kekal. Mereka bercerai. Atas sebab yang aku tidak tahu dan malas nak tahu lebih-lebih tentang mereka. Di atas keseronokan mereka itu, mereka terlupa. Umat Islam terlupa. 79 tahun sebelum pernikahan 2 artis tersebut, perkara yang jauh lebih besar berlaku di dunia ini. Khilafah Turki Uthmaniyyah dihancurkan dengan rasminya pada tarikh tersebut! Khalifah (yang boleh dikira khalifah, kemudian dari itu boneka sahaja) terakhir ummat Islam ialah Sulatan Abdul Hamid. Maka jatuhlah satu sistem yang memayungi ummat Islam sebelum itu. Satu sistem yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w. sejak hijrah ke Yathrib (Madinah). Satu sistem yang memuliakan ummat Islam. Yang memuliakan Islam itu sendiri. Aku tidak akan ceritakan bagaimana sistem ini dijatuhkan dalam posting ini. Hasil dari ketiadaan sistem khilafah ini, maka kita melihat negara-negara Islam seolah-olah difaraidhkan oleh kafiriin. Kita juga menyaksikan pencerobohan Yahudi ke Palestin. Penindasan demi penindasan ke atas ummat Islam. Somalia. Thailand. Iraq. Malah Tanah Melayu juga turut terkesan dari kejatuhan sistem ini. Malah, fitnah murtad yang muncul kini. Liberalisma. Sekularisma. Hedonisma. Dan berbagai bentuk serangan pemikiran terhadap ummat Islam. Namun, kita melihat. Ada sahaja kelompok yang berusaha menegakkan semula khilafah ini. Mereka ini walaupun cuba dihapuskan oleh kafiriin, namun mereka seolah-olah tidak pernah mati. Ada sahaja yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini. Itulah janji Allah. Kemenangan akan tiba. Namun tarikh. Waktu. Dirahsiakan oleh Allah. Firman Allah: " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu ( ujian ) seperti yang berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan ( dengan ancaman musuh ), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata: Bilakah ( datangnya ) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah )". ( Surah Al-Baqarah : 214 ) Kita hanya perlu istiqamah dalam perjuangan. Banyakkan bertaubat lantaran dosa kita yang banyak. Kejayaan pasti tiba! Hari ini, kita 'menyambut' ulang tahun ke-83 kejatuhan sistem tersebut. Sambutan hari yang sepatutnya menyedihkan kita. Klik butang di atas untuk muat turun "Soldier Of Allah - 1924" Klik sini untuk lirik "Soldier Of Allah - 1924". |
Friday, March 02, 2007
Kenali Syi'ah!
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Download e-books.
BismiLlahiRrahmaniRrahim. |
Thursday, March 01, 2007
20 tahun gemilang.
AlhamduliLlah. Harakah menyambut 'hari lahir'nya yang ke 20 semalam (28 Februari 2007). Tarikh 28 Februari 1987 adalah tarikh Harakah mendapat permit dari Kementerian Dalam Negeri. 20 tahun merupakan waktu masa yang panjang. Harakah menyaksikan kemenangan demi kemenangan PAS di Kelantan. Harakah juga menjadi saksi kemenangan PAS di Terengganu. Harakah menyaksikan kekalahan PAS di Terengganu. Dan banyak lagi. Selamat Ulang Tahun ke-20 Harakah! WaLlahu a'alam. p/s: Untuk berita 20 tahun gemilang: |













