Sunday, April 29, 2007

Tan Sri Khalid lepasi ujian gentir

Oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Warkah tazkirah buat Tan Sri)

MENEMUI Tan Sri Khalid Ibrahim dengan segala doa dan limpah kerahmatan dariNya.

Tan Sri,
Baru agak sebentar Tan Sri cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia pembangkang dan Tan Sri sudah dapat merasai pahit gigitannya. Kami sudah puluhan tahun dijeruk dalam tempayan penderaan ini. Cukuplah Allah yang menjadi saksinya.


Usahkan kita nak bercakap soal pembelaan Islam dan umat Islam, membela nasib bangsa Melayu melalui demokrasi sekali pun, kita akan menyaksikan satu laluan berhalang yang teramat sukar.

Apa yang menyayatkan hati lagi ialah ia hampir sah sengaja dilakukan. Ini cukup dapat disaksikan dalam plihan raya kecil di Ijok baru semalam.

Dalam konteks demokrasi, rugi sangatkah jika Dewan Undangan Negeri Selangor memberi ruang kepada minoriti pembangkang? Hatta, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menegur tentang ‘tidak betulnya’ sesebuah sistem berkerajaan jika kerajaan yang di pilih(?) itu terlampau-lampau kuat.

Tanpa sebuah kerusi pun yang dibenarkan, maka siapa agaknya yang mampu menyemak parti yang membentuk kerajaan itu dari melakukan kesilapan? Beliau seorang tokoh bergelar Tan Sri dan bukan sebarang budak kampung yang biasa.

Dalam hal ini, mungkin sangat bermanafaat kita merenungi maksud ayat Allah SWT mengenai tiga orang Rasul yang dibunuh oleh kerajaan yang zalim kerana mengamalkan sikap enggan menerima nasihat.

Ini kebenaran sejarah dan tercatat sendiri di dalam al-Quran. Ia berbunyi, “Utusan-utusan itu berkata: kemalangan itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.“ (Surah Yasin Ayat 19).

YBhg. Tan Sri,

Pada saya, pilihan raya kecil Ijok sebenarnya semacam kesempatan. Kesempatan itu semacam diatur oleh Allah SWT untuk memberi peluang kepada pemimpin Umno dan seluruh warga pengundi Ijok untuk memperbaiki semula dasar angkuh Selangor yang menolak Islam dan sekali gus doktrin demokrasi berbunyi “pembangkang sifar”.

Tak bolehkah Ijok sekadar dibiarkan kerusinya untuk pembangkang. Maksud saya, bukan diberi percuma sebegitu tetapi dipertandingkan dengan cara yang sihat.

Ini, sampai membawa bala tentera polis dan FRU yang beribu-ribu. Mengugut pengundi di sana sini. Amalan gangsterisme. Ada tertangkapnya dua bas yang disyaki membawa pengundi hantu dari Perlis.

Curahan peruntukan raksasa yang melebihi RM36 juta. Ini demokrasi atau apa? Tak mungkin Umno tak faham betapa semua amalan ini adalah perbuatan kontra demokrasi yang terkutuk dan hina sehina-hina!

Jika saya dibenarkan menggunakan ‘pisau tumpul’ untuk memotong di ketika ini maka saya akan mengatakan yang pemimpin-pemimpin Umnolah yang selama ini bertanggungjawab mengeraskan hati rakyat Malaysia dari menerima kebenaran Allah.

Jika calon KeADILan kita menang sekali pun, apa sangatlah yang kurangnya Selangor itu. Sehabis kuat, Tan Sri Khalid kita akan hanya bertazkirah, menegur dan berpesan-pesanan darihal kebaikan.

Selaku seorang yang berkepakaran di bidang ekonomi dan korporat, tentu sekali penguasaan ilmu Tan Sri adalah aset yang sangat besar untuk dikongsikan oleh Selangor dalam konteks mendengar pandangan kedua dari arah yang sedikit berlainan.

Ini tentu akan mencetus satu proses ‘check and balance’ yang sihat untuk membela nasib orang Melayu, orang Islam, non-Islam dan umat manusia pada amnya.

Cuba pemimpin Umno buat perbandingan sedikit dengan apa yang sedang berlaku di White House hari ini. Lapan calon Demokrat telah sebulat suara mengutuk Presiden Bush berhubung dasar beliau di Iraq.

Ini berikutan daripada kekalahan pihak Republikan di tangan Demokrat yang semakin menyisihkan Bush.

Bahkan, dalam perbahasan kempen pertama disiarkan menerusi televisyen sebelum pemilihan Presiden 4 November 2008, calon Demokrat membidas pentadbiran Bush kerana terus menghantar beribu-ribu askar AS dan membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk kempen Perang Iraq yang menuju kegagalan.

Berita ini ada dalam semua akhbar pada 28 April 2007. Nah, kita boleh lihat bagaimana berbeda sekali amalan demokrasi di tempat orang berbanding dengan di tempat kita.

Di peringkat ini, saya tidak perlulah menghukum betapa kunonya kita sebab Tan Sri sendiri, seluruh penduduk Ijok dan rakyat Malaysia pada amnya telah sempat menyaksikan segala adegannya. Ia jelas sebuah demokrasi olok-olok di mana Islam diperolok-olokkan.

Jika mulialah apa yang dilakukan kerajaan Umno di Ijok itu, kenapa tidak dibenarkan mana-mana pasukan pemantau pelaksana demokrasi peringkat dunia untuk menjadi saksi.

Sebenarnya, kita telah tersalah memakaikan lencana dacing yang bersimbolkan keadilan dunia dan demokrasi ke dada pemimpin Umno. Rupanya, mereka cuma berwajah demokrasi tetapi berjiwa ‘komunis’.

Mereka boleh dikatakan hampir kering kontang dari segi nilai iman dan hari pembalasan di akhirat. Itulah Tan Sri; apa yang mungkin saya boleh simpulkan.

Pemimpin Umno perlu ingat bahawa segala yang dilakukan di Ijok itu ada divideokan oleh Allah SWT. Jangan ingat, pihak Special Branch (SB) dan polis rahsia Umno sahaja yang membuat rakaman.

Bahkan, mereka perlu di ingatkan dengan ayat Allah yang bermaksud, “pada hari di ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan Nya, kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpul (mencatat) amal perbuatan (dan aktiviti) itu, padahal mereka melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Surah Al-Mujadalah Ayat 6).

Tan Sri,

Saya sekadar berpesan kepada Tan Sri. Saya cuma mengambil kesempatan untuk bertazkirah melalui surat terbuka ini untuk dibaca oleh semua. Tahniah jua dari saya di atas keberanian dan ketabahan Tan Sri untuk mengharungi ujian yang getir ini.

Lagi pun, mengikut bacaan, undi di Ijok untuk PKR sudah bertambah sebanyak 471 undi. Syabas saya ucapkan. Sesungguhnya, kerja memikul kebenaran ini adalah satu tugas berat.

Hanya Nabi-Nabi, Rasul-Rasul dan para anbiya’ yang diikuti oleh pejuang-pejuang seperti kita termasuklah seperti Tan Sri yang mampu memikulnya, InsyaAllah. Pantang berundur. Kuatkan semangat. Seorang mukmin adalah seorang yang tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Wallahua’lam.

================================

Takbir!

Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Demokrasi Dan Islam

Agama Lain, Politik Lain... (Celako Besor!)

Sekular vs Islam

Saturday, April 28, 2007

Ijok kembali...

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Ijok. Sebuah kampung yang tidak dikenali. Barangkali oleh Menteri Besarnya sendiri. Kini menjadi sebuah kampung paling popular di Malaysia. Popularitinya mampu mengalahkan Kampung Baru yang glamour dengan Nasi Lemak Antarabangsanya. Agaknya la begitu.

Demokrasi Tafsiran Mereka

Aku baru je balik dari Ijok. Jalan-jalan, sambil melihat suasana. Ya lah, negara aku sendiri. Perlu aku tahu perkembangannya. Tapi. Maklumat yang aku terima, TNC, HEP dari semua IPT telah turun ke Ijok. Nak 'tangkap' pelajar barangkali. Mereka dikatakan berkampung di UNISEL. Entah. Inilah 'demokrasi' BN. Demokrasi mengongkong. Demokrasi ternoda. Pelajar tidak boleh terlibat dengan politik negaranya sendiri. Pelajar hanya perlu belajar. Dan belajar. Dan belajar. Dan belajar. Dan........

Pelik betul dasar Kementerian Pengajian Tinggi ini. Cuba hitung dengan logik akal. Seorang pelajar IPT, berumur 21 tahun, layak untuk mengundi. Maka, pelajar tersebut akan cenderung kepada sebuah parti yang 'diminati'nya. Maka, pelajar tersebut pasti mahu partinya menang. Maka, untuk memenangkan parti tersebut, pelajar tersebut akan membuat gerak kerja parti tersebut untuk memastikan kemenangan partinya. Jadi, apa salahnya mahasiswa terbabit dengan gerak kerja memenangkan sesebuah parti?

Kempen

Pelbagai kisah yang aku dengar dan lihat sendiri sepanjang di sana. Bermula dengan Khutbah Jumaat (27 April) yang disediakan oleh JAIS menceritakan keharusan memilih pemimpin dari kalangan bukan Islam, dengan mengambil contoh zaman Khalifah 'Umayyah. Kebetulan atau dirancang? Lebih menyedihkan apabila JAIS menghalang Tan Sri Khalid untuk bersalaman dengan jemaah masjid selepas solat Jumaat, sebaliknya membenarkan Parthiban untuk berbuat demikian. JAIS juga menghalang ahli PKR dari menyebarkan artikel mereka, pada waktu yang sama BN tidak dihalang dari berbuat demikian. Malah bas JAIS dilihat digunakan membawa puteri UMNO. Buta sangatkah mata JAIS ni? Ke bodoh sangat?

Masjid di sana yang terbiar kotor, 'secara tiba-tiba' mendapat peruntukan untuk kerja-kerja mengecat dan menukar lantai. Namun, hasil kerjanya teruk. Jalan ke kampung-kampung di turap. Menurut seorang tua di sana, 50 tahun merdeka, jalan di sana berbatu-batu dan tidak pernah dipeduli oleh kerajaan. 'Secara tiba-tiba' untuk pilihanraya kecil ini, jalan diturap hingga ke hujung kampung.

Aku berpeluang melihat sendiri dengan mata dalam kepala tengkorak aku ini. Sejenis makhluk bernombor kad pengenalan 990518-61-0029 bernama Ispani B Mohd Rejo layak mengundi. Jika anda pernah melihat senarai pengundi oleh SPR, ada satu kolum berlabel tahun dilahirkan. Mengejutkan apabila makhluk ini dilahirkan pada 1999. SPR tak pandai menipu rupanya. Surujahanjaya Penipu Rakyat katakan.

Kemudian, pembinaan court futsal di Ijok merupakan salah satu bukti politik wang yang digunakan oleh BN. Mat Rempit (atau Dajal Rempit kata orang lain) berkeliaran memakai baju BN. Dan macam-macam lagi yang tak terfikir oleh aku sekarang ni.

BN kekal kerusi

Malam tadi, balik dari masjid untuk solat Isyak, aku terus menonton televisyen untuk pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Ijok. Calon Barisan Nasional (BN), Cikgu Parthiban menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan 1850 majoriti.

Kemudian dari wawancara bersama Perdana Menteri Malaysia, TV1 memaparkan sebuah presentation 'memukul' pembangkang dan Anwar Ibrahim terutamanya. Isunya, menari ala India. Pelik media ni.

Media

Lagi satu yang menghangatkan perasaan kami. Media melaporkan bahawa 'penggempur' (moto BN, 'sedia gempur'.) BN telah dibelasah oleh pakatan pembangkang di 'Rumah Klang' mereka. Penipu! Kejadian jam 6.30 pagi itu, mereka yang berada di Ijok lebih mengetahui hakikatnya. Yang dibelasah adalah PEMBANGKANG. Mereka membuat tindakan bodoh apabila cuba menurunkan kain rentang yang berbau provokasi oleh BN. Tak dengar arahan pimpinan, ini akibatnya. Namun mengapa media melaporkan sebaliknya?

Sebelum ini media cetak telah dengan jayanya menipu rakyat Malaysia tentang keputusan SPM. Dikatakan seorang pelajar memperoleh 18 A1, memecah rekod Amalina. Kenyataan dikeluarkan sebelum keputusan keluar. Tapi, pelajar tersebut hanya memperoleh 14A. Jika keputusan SPM pun mereka sanggup bohong, inikan pula kes pukul BN ini. Susah aku nak percaya media pro BN ni. Hanya berita sukan sahaja yang mereka belum bohong agaknya.

Usah Berduka Wahai Pejuang

Kekalahan calon pembangkang ini tentunya menyedihkan mereka yang berhempas pulas memenangkan Tan Sri Abdul Khalid. Masakan tidak, ada yang bersengkang mata tidak tidur. Ada yang habis wang datang dari jauh, terutamanya mereka yang dari Kelantan. Ada yang dibelasah pula. Juga buat penyokong-penyokong perjuangan ini. Juga orang seperti aku.

Namun, mengingati nasihat Asy-Syahid Syed Qutb, sedikit sebanyak menjadi pengubat kedukaan. Sebelum ke tali gantung, Asy-Syahid pernah menulis surat kepada adiknya. Menasihati adiknya. Antara yang ditulis beliau:

"Kita akan merasa sempit bila kita memikirkan kita yang memulakan atau mengakhiri perjuangan menegakkan Islam. Kita akan merasa lapang bila kita berfikiran bahawa kita hanya mata rantai penyambung perjuangan ini."

Begitulah lebih kurang nasihat beliau. Aku sertakan sekali lirik lagu rasmi PAS nyanyian Shoutul Amal.

Lagu Rasmi PAS
Munsyid : Shoutul Amal


Bersatulah wahai kaum muslimin,
Dengan semangat dan roh kebenaran,
Berjihadlah wahai kaum muslimin,
Walau susah menempuh cabaran.

Bersatulah wahai kaum muslimin,
Dengan obor sinar kebahagiaan,
Berjihadlah wahai kaum muslimin,
Biar syahid atau kemenangan.

Berjuanglah wahai ansaruLlah,
Dengan matlamat Daulah Islamiyyah,
Berkorbanlah wahai yang beriman,
Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergeraklah ke gerbang jasa,
Kalah menang bukan alasannya,
Sucikanlah niat di hati,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Selamatlah Parti Islam melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan AlQuran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah.

WaLlahu a'lam.

p/s: Maaflah. Tulisan kali macam berterabur sikit. By the way, kalau nak dengar lagu PAS ni, boleh play di ruangan Halwa Telinga di sebelah kanan blog ini

Friday, April 27, 2007

Ijok I

Violence at Ijok




Khairy Ketua Perusuh!




Ijok: Najib's favorite Mongolia song (no comment...)

Thursday, April 26, 2007

Hidup Lama Atau Pengundi Hantu?

BismiLlahiRrahmaniRrahim.


Klik sini, untuk semakan daftar pemilih. Kemudian anda masukkan nombor kad pengenalan ini:

  1. 040905745370
  2. 990518610029
Kemudian klik 'semak'.


Anda akan dapat lihat paparan seperti ini:





dan ini:


Err...persoalannya, wanita bernama Lim Gho ini, lahir pada tahun 1904 atau 2004? Jika 1904, umurnya kini mencecah 103 tahun. Entah hidup lagi atau tidak. Dan jika 2004, bagaimana pula dia ini layak mengundi?

Dan Encik Ispani B Mohd Rejo ini, lahir tahun 1899 atau 1999. Jika 1899, bermakna umurnya kini mencecah 108 tahun. Hidup lagi ke? Kalau 1999, bagaimana mungkin paparan menunjukkan sebegitu?

Hm...pelik-pelik. Yang best lagi tu, kedua-dua nama tu di IJOK! Untuk maklumat lanjut, klik sini.

WaLllahu a'lam.

p/s: Tekan pada perkataan 'ini' di atas untuk paparan lebih jelas.

Monday, April 23, 2007

Salima

BismiLlahiRrahmaniRrahim.



SALIMA (dua dari kiri) memegang watak Permaisuri Tanjung Karang dalam teater Rangkas Putera yang dipentaskan di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor, minggu lalu.


Pernah dengar nama Salima? Kalau peminat AF, mesti kenal. Tapi tak bermakna yg kenal tu peminat AF. Salima merupakan contestant AF4 yang bertudung sepanjang konsert AF4. Kini, dengarnya berlakon teater. Tapi gambar di atas tu, dia tak bertudung. Klik sini untuk baca.


Kesian mereka seperti ni. Jahil benar tentang agama. Mungkin pemahaman agama mereka mengatakan, asal pakai tudung sahaja dikira tutup aurat. Dada terdedah ke. Lengan terdedah ke. Barangkali, tidak mengapa pada mereka.


Ada sesiapa ada email dia? Boleh kita terangkan hal sebenarnya. Kasihan. Mereka tidak tahu.


WaLlahu a'lam.

Saturday, April 21, 2007

Inilah Dasar Islam Hadhari!

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Bila akal diagungkan. Bila wang menjadi perantaraan. Segala ilmu akan dimanipulasi. Untuk memenuhi kehendak nafsu mereka. Asalkan hidup mewah, Allah akan mereka hina. Nabi akan mereka hina. Quran akan mereka hina. Hanya kerana beranggapan bahawa ilmu mereka mengatasi ilmu Allah. Inilah barangkali yang mampu aku ulas tentang ucapan Mashitah Ibrahim, Ummu Hadhari yang biadap, kurang ajar, penderhaka agama, penderhaka kepada Al-Khaliq ini. Tonton video di bawah.




Inilah kesan apabila mereka mula bersama dengan sekularisme UMNO. Mula mengharuskan perlacuran pada asalnya. Kini menghina hukum Allah. Pada diri orang seperti mereka ini ada satu penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit tersebut bagi mereka. Hasilnya, seorang pensyarah di UIA, berkelulusan PhD, tanpa segan silu mengisytihar beliau yang merupakan makhluq Allah lebih arif, lebih tahu, lebih alim tentang spesies dirinya yang bernama manusia, berbanding tuhannya, Allah, Al-Khaliq.

Inilah barangkali tarbiah UMNO! Inilah barangkali tarbiah Islam Hadhari! Fikir-fikirkan...

WaLlahu a'lam.

Friday, April 20, 2007

Pelaburan Internet : Apa Puncanya?

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Sejak kebelakangan ini, kecoh isu pelaburan internet di media masa. Berita Harian melaporkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan pengharamannya kerana berunsur riba. Sikap rakus rakyat Malaysia mengejar kekayaan tanpa menghiraukan agama, amat membimbangkan.

Malah, tazkirah Jumaat di Masjid Al-Muhsinun, Taman Desa, oleh Ustaz Kahiruddin Aman Razali juga membincangkan isu tersebut. Namun, seperti biasa, khutbah jumaat tetap menjadi khutbah seolah-olah bed time story bagiku. Khutbah membaca. Mujur aku tidak tertidur.

Sejak kecil, kita disogok dengan pemikiran, 'Belajar untuk dapat A sebanyak yang mungkin. Bila cemerlang, boleh dapat kerja bergaji besar'. Dari kecil lagi kita diajar agar bersikap materialistik. Dari kecil kita dididik supaya mengejar rumah sebesar gunung, kereta sebesar kapal, dan sebagainya. Itulah kita, rakyat Malaysia.

Akhirnya, didikan tersebut terbawa hingga ke tua, hingga ke liang lahat barangkali. Manusia sibuk mengejar harta, lupa halal haram. Asalkan boleh kaya dengan cepat, haram pun tidak dipeduli lagi. Inilah sistem pendidikan kerajaan Barisan Nasional, kerajaan nasionalis, sekular. Kita dididik sejak kecil untuk belajar demi duit. Semuanya kerana duit. Hasilnya, rasuah ambil. Judi ambil. Duit arak ambil. Asalkan kaya.

Keadaan ini sama sekali berbeza dengan Britain, kerajaan kuffar la'natuLlah. Walaupun mereka ini kafir, namun mereka menjaga rakyat negara sendiri. Setiap bayi yang dilahir di England akan dapat bantuan untuk membeli pampers, susu dan sebagainya. Di Malaysia tidak begitu. Malah rakyat ditindas dengan kenaikan harga petrol, tol dan sebagainya.

Sewaktu Hajjaj menjadi Amirul Mukminin, Hajjaj merupakan seorang yang zalim. Ramai 'ulama', sahabat yang dibunuhnya sesuka hati. Natijah kekejamannya, maka persoalan yang meniti di bibir rakyatnya ialah, "Semalam siapa kena bunuh?", dan yang seumpamanya. Jika zaman itu ada kedai kopi seperti kini, maka kita akan selalu mendengar perbualan seperti itu. Namun berbeza dengan zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai Amirul Mukminin. Dengan keadilan dan Islam yang dipimpinnya, maka soalan seperti "Semalam kau mengaji banyak mana?" atau "Semalam kau hafaz Quran berapa ayat?" akan sering didengari. Itulah natijah daripada kepimpinan seorang Amirul Mukminin yang adil. Jadi, di Malaysia di bawah tampuk pimpinan UMNO dan BN ini, agaknya apa perbincangan yang sering meniti di kedai kopi ya? Barangkali, "Engkau beli kereta apa semalam?" atau "Ko nak kaya cepat tak?". Itulah barangkali natijah dari sikap materialistik kerajaan pimpinan UMNO dan BN.

Rakyat disogok dengan pembangunan? Aku tertanya-tanya, pembangunan apa yang mereka bawa? Jika pembangunan materialistik semata-mata yang mereka bawa, jadi usah melentinglah dengan isu Mat Rempit atau 'Dajal Rempit' kata separuh daripada mereka. Ini kerana dasar mereka memang untuk menghasilkan Mat Rempit, bohsia, pelacur dan sebagainya. Masakan tidak, Dr Mashitah, 'Ummu Hadhari' juga pernah mengharuskan zina.

Dasar materialistik, sekular kerajaan UMNO dan BN sekarang ini adalah antara punca utama rakyat mengejar kekayaan. Kerajaan tidak peduli halal haram, mengambil kekayaan dari industri arak, judi yang secara qath'i pengharamannya, inikan pula rakyat. Itulah didikan kerajaan terhadap rakyatnya. Asalkan dapat duit, haram pun tidak mengapa. Untuk maslahah rakyat katanya. KEPALA HOTAK MEREKA! Hasilnya, rakyat pun serupa, tidak peduli akan halal haram dalam Islam lagi. Jadi kerajaan tidak layak untuk melenting dalam isu ini, kerana mereka mengambil sumber kewangan yang jelas haram dan tidak ada khilafnya lagi.

Kilang arak Guiness yang tersergam 'indah' di Sungei Way di bawah pimpinan kerajaan Islam Hadhari


Kesimpulannya, kerajaan BN telah gagal membela rakyat dari segenap segi. Maka dari segi siasahnya mereka gagal, dari segi ISLAM nya, usah ditanya. Maka, mengundi UMNO, ibarat redha akan kilang arak dan premis judi Genting Highlands, menyokong penghina-penghina agama Allah seperti Mashitah Ibrahim, Dr Mahathir, Nazri Aziz dan yang seumpamanya.

WaLlahu a'lam.

Wednesday, April 18, 2007

Muhasabah

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Lama aku tak menulis di sini. Sesi latihan industri (internship) aku sudah mula. Aku dilatih di sebuah syarikat bernama Fiberail. Jarang sekali aku dapat meluangkan masa mengadap komputer, melainkan di syarikat. Walaupun aku boleh melayari internet di syarikat, namun aku tidak akan menggunakan waktu di syarikat untuk menulis di blog ini. Aku hanya gunakan untuk bekerja dan mencari bahan rujukan.

Jelas, 3 hari aku dilatih, aku dapat membuat satu kesimpulan. Waktu bekerja dan belajar, sangat berbeza. Sebagai pelajar, kita mempunyai masa yang lebih terluang berbanding waktu kerja. Kerja, walaupun anda hanya duduk di ofis, tetap memenatkan. Tak tahu apa yang menyebabkan sedemikian.

3 hari banyak mengajar, dan aku banyak belajar. Harapnya, pengalaman ini dapat membantu aku kelak.

AGM

Ahad lalu, aku berpeluang ke satu program muhasabah. Terima kasih diucapkan buat Abang Dhuat kerana menjemput. Pukul 1.45 pagi hari tersebut adalah kali pertama aku bertemu dengan beliau (Abang Dhuat) secara face-to-face. Bertemu untuk urusan program muhasabah tersebut.

Pukul 8.30 pagi, aku sudah terpacak di Kelana Seafood seperti yang dijanjikan. Aku ingatkan aku akan dibawa ke tempat lain. Rupanya ia dijalankan disitu. Terperanjat kera juga aku.

Namun, pengalaman sehari aku di sana, banyak perkara yang aku perolehi. Keadaan sesi muhasabah yang mencuit hati. Nasihat demi nasihat dari 'wakil' program. Dan banyak lagi. Di situ aku mengenali Roslan SMS. Sebelum ini hanya tahu nama. Dan pernah lihat muka. Tidak pernah terlintas di kepala aku, itulah muka, itulah namanya Roslan SMS.

Majlis diceriakan, dan disempurnakan oleh ucapan perasmian penutup oleh YAB Dato' TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelbagai nasihat, kupasan isu, tazkirah disampaikan beliau. Mungkin aku akan kupas serba sedikit kemudian. Yang manis pada hari itu, bagi aku, ialah dapat bersalam dan mencium tangan TGNAA. 2 kali.


TGNAA sedang menandatangai bunting untuk dilelong


Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Namun, di situ aku berjumpa sendiri dengan Abang Dhuat. Pelbagai nasihat 'tertaip' oleh beliau. Jangan retorik. Biar sedikit pun tak mengapa. Realiti berbeza dengan di kampus. Yang tua dihormati. 'Ulama' dihormati. Muslimat didengari. Biar sedikit. Walau membancuh air. Terima kasih Abang Dhuat. Ada apa-apa, ajaklah lagi.

Aku nak rehat. Esok nak kerja lagi. WaLlahu a'lam.

Sunday, April 15, 2007

Sebuah Kematian

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Setiap yang hidup, pasti menemui ajal melainkan Allah jua. Begitulah sunnatuLlah. Jumaat yang lalu, aku berpeluang untuk turut mengiringi jenazah jiranku, Haji Munajat yang telah dipanggil kembali kepada Allah, jam 7.10 ptg, 12 April 2007. InnaliLlahi wa inna ilaihi raji'un.

Keranda sedang diusung keluar dari 'van mayat'

Aku diberi peluang oleh Allah Ta'ala, untuk sama-sama mengangkat keranda ke tempat pengebumian. Juga berkesempatan untuk berdiri paling hampir dengan liang kubur sewaktu proses pengebumian. Juga berpeluang untuk bersama mengkambus jenazah beliau (walaupun sekejap). Talkin dipimpin oleh jiran kami, Al-Fadhil Ustaz Zawawi Yusuf. Sesungguhnya, talkin ini bermanfaat bagi yang hidup, bukan bagi yang mati.

Ustaz Zawawi sedang bertalkin, menasihati si hidup

AlhamduliLlah. Menurut mereka, beliau (Haji Munajat) menghembuskan nafasnya yang teakhir dengan tenang. Di saat-saat akhir hidup beliau, beliau bertanya tentang solat dan menyebut perkataan "Allah...Allah" dengan jelas. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh di sisiNya. Beliau banyak berjasa kepada Masjid Al-Ikhlas di kejiranan kami. Malah, beliau antara mereka yang paling banyak sumbangannya dalam pembinaan masjid tersebut.

Jam 7.10 petang, 12 April 2007, sewaktu kami semua sedang sibuk dengan hal masing-masing. Tanpa kita ketahui dan sedari, Malaikatul Maut, Malaikat 'Izrail telah singgah ke kampung halaman kami, menjalankan tugasannya. Suatu hari nanti, sewaktu semua orang sedang sibuk dengan hal masing-masing, Malaikat 'Izrail akan 'melawat' kita pula. Menjalankan amanahnya.

Apabila mati anak Adam, maka milikannya akan terbahagi kepada empat:

  1. Rohnya (kembali) untuk Tuhannya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
  2. Hartanya untuk warisnya dan yang masih hidup.
  3. Amalannya untuk dirinya, menemaninya.
  4. Jasadnya untuk ulat dan cacing di dalam tanah, sebagai makanan.

Beringatlah kita semua, kematian seseorang, adalah bukti, adalah warning yang kita semua akan, dan pasti akan mati juga. Itulah warning yang aku kira sangat jelas, sebagai pengajaran buat kita yang masih hidup.

Batu nisan di kubur ayahku

Nasihatku pada semua, jika ada kematian berhampiran anda, turut sertalah mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Hayati kematian tersebut. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Kelak, kita akan menuruti jejak mereka. Mungkin juga di sebelah liang lahad tersebut. Tak siapa tahu. Pepatah Arab:

"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup selamanya, beramallah kamu seperti akan mati esok hari"

Semoga kita mengingati mati selalu. WaLlahu a'lam.

Friday, April 13, 2007

PAS vs Dr Asri ???

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Suatu masa dahulu, timbul isu PAS vs Dr Asri. Kononnya, PAS seolah-olah membenci Dr Asri. Seolah-olah, setiap yang Dr Asri lakukan, cakap, semuanya PAS tak setuju dan terus 'menghentam' (perkataan yang aku kurang gemar) Dr Asri.

Pada pandangan aku, kata-kata seorang ahli PAS, tidak boleh diambil kira sebagai kenyataan rasmi PAS. Sebagai contoh, baca tulisan forumer atau moderator di tranungkite yang 'menghentam' Dr Asri, terus dikatakan PAS benci Dr Asri. Ini tidak adil pada pandangan aku. Memang ada orang PAS yang tidak bersetuju dengan Dr Asri dalam banyak perkara. Perlu difahami, PAS untuk semua. Baik Salaf, Khalaf, orang kampung, orang bandar dan sebagainya. Jadi memang timbul ahli yang tidak bersetuju dengan beliau dalam banyak perkara. Tetapi, yang setuju dan yang bersangka baik dengan beliau, bagaimana?

Aku ambil contoh, sila lawat dua (2) pautan dari blog Ustaz Nasrudin ini:

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/01/berjuang-biar-ikhlas-menegur-biar.html

dan tulisan terbaru beliau tentang tuduhan kononnya Dr Asri berkempen untuk BN:

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/04/mufti-perlis-kempen-bn-ustaz-mufti.html

Lihat sahaja akhlak yang ditunjukkan oleh Ustaz Nasrudin dalam hal ini. Bagaimana mungkin timbul isu PAS vs Dr Asri...Berlapang dada dan terpulanglah. Siapalah aku nak komen banyak sangat hal ini.

Malah, sibuk pihak yang menuduh PAS itu syi'ah. Entah siapa pulak lah puak-puak ni. Mungkin propaganda UMNO-BN untuk melambatkan kemenangan Islam. Aku sertakan sekali pautan tulisan Ustaz Nasrudin tentang ini. Klik sini.

Bersama PAS menentang sekularisma. Jom bersama perjuangan PAS, dan jangan jadi syi'ah.

WaLlahu a'lam.

p/s: Aku sertakan sekali beberapa video tentang pendedahan Ustaz Harun Taib tentang syi'ah. Terima kasih pada adikku, SyafiqR.


Video 1


Video 2


Video 3

Macam-macam

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Sibuk

Jika anda masuk ke kedai mamak, kebiasaannya anda akan dapat melihat ayat 'seribu dinar' tergantung di dinding kedai mamak tersebut. Dikatakan sebagai pelaris. Hmm...no comment.

Rabu lepas, aku berkesempatan menghantar kereta aku untuk diservis di USJ 7, bengkel di mana sepupu aku bekerja. Sambil menunggu kereta aku siap diservis, aku ke kedai mamak berhampiran untuk sarapan. 'Ali Metro Corner' nama kedainya. Nasi lemak bungkus dan teh o suam, menjadi pilihanku pagi tersebut.

Selesai makan, aku ke kaunter untuk membayar. Penjaga kaunter tersebut, seorang lelaki berkopiah. Mula-mula aku berbicara, menyebut menu yang aku makan tadi, lelaki tadi ‘buat dek’ sahaja. Pelik juga. Malah, mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu yang tidak tercapai frekuensinya untuk aku dengari, sambil tangannya bergerak-gerak. Aku intai tangannya yang diletakkan dalam laci. Masya Allah! Beliau sedang berzikir dengan tasbih rupanya. Akhirnya, beliau hanya menulis harga yang perlu dibayar di atas sekeping kertas, tidak mahu diganggu zikirnya. Selepas membayar, aku segera beredar.

Tabik spring! Dalam ksibukan beliau meniaga, tidak pun dijadikan alasan untuk tidak mengingatiNya. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju. Terutamanya berzikir dengan biji tasbih. Terpulanglah. Tapi, pokok pangkalnya, penjaga kaunter (mungkin juga tuan kedai) tersebut memang hebat pada pandanganku. Kita bagaimana?



Penjaga Kaunter Tersebut

UNITEN

Hmm...di UNITEN pula sedang hangat per'kelahi'an antara dua pihak. Pro-Saiful dan Pro-SaifulLetakJawatan. Isu kehilangan Saiful ini sudah lama aku sedari. Dan sering kali aku bertanya kepada rakan sebiliknya, serta rakan-rakan MPP yang lain tentang kelibatnya. Sebab kehilangannya agak kurang jelas. Ada tuduhan mengatakan beliau sibuk berpolitik (UMNO barangkali), dan hanyut dalam 'kekuasaan' tersebut. Hendak berpolitik itu hak masing-masing (yang telah kerajaan BN cabuli), tetapi tidak ke kelas kerana politik, kes berat. YB Salahuddin, seorang YB pun dapat menyelesaikan pengajiaan beliau di UPM. Namun, menurut Saiful pula, dia mempunyai masalah keluarga yang perlu diselesaikan.

Pernah sekali aku berborak di YM dan MSN, dengan 2 orang sekaligus. Seorang menyokong Saiful, seorang lagi mencadangkan supaya Saiful Hujah mereka boleh tahan. Sepemerhatian aku, mereka yang aktif berpersatuan (sering berinteraksi dengan MPP), kebanyakannnya akan menyokong Saiful. Manakala mereka yang tidak begitu aktif, kebanyakannya mencadangkan agar Saiful letak jawatan. Itu hanya pemerhatian 'kecil' aku.

Pada pandangan aku (baca: aku bukan kami), membantu MPP sedia ada (baca :berbaki) lebih wajar. Malah, jika benar Saiful mempunyai masalah, membantunya juga satu option yang baik. Namun, Saiful juga perlu berlapang dada dan turut memikirkan cadangan yang diberikan itu. Mungkin juga, pilihan meletakkan jawatan secara terhormat, akan membolehkannya fokus pada menyelesaikan masalahnya. Aku tidak mencadangkan Saiful meletak jawatan, aku hanya mencadangkan agar Saiful memikirkan option tersebut.

Melihat kepada keadaan ini, aku teringat akan suatu artikel yang aku baca dahulu. Penulis mengatakan (lebih kurang):
"Jika kita berada di dalam suatu institusi, dan kita hanya mahu MENERIMA, maka yang buruk dari institusi itu akan sering kita lihat dan akan beras tidak berpuas hati dan sebagainya. Tapi, jika kita berada dalam sesebuah institusi, dan kita mempunyai sikap mahu MEMBERI, maka yang buruk akan sama-sama kita cuba hadapi. Kita sentiasa bersedia untuk memberi sokongan dan bantuan."
Ada benarnya pernyataan ini.

Terkadang juga, aku terfikir, "Tidak menjawab soalan lebih baik dari menjawab dan ditolak markah". Mungkin pelajar perubatan lebih memahami. Mungkin juga Pak Lah. Dan harap-harapnya, semua yang memberi komen agar Saiful letak jawatan telah menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin pelajar mereka pada PRK lepas. Jika mereka tidak mengundi untuk memilih wakil mereka, cadanganku, baik duduk diam-diam. Anda dah mengabaikan tanggungjawab memilih, malah anda tidak pernah mahu mewakili pelajar.

Kematian

Tadi, aku melawat jiran aku, Haji Munajat yang sedang nazak. Sempat aku membacakan Yaasin di sisi beliau, seperti yang diajar oleh RasuluLlah. Maghrib tadi, beliau disahkan meninggal dunia. InnaliLlahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah ampuni segala dosa beliau. Semoga digolongkan dalam golongan hambaNya yang soleh.

Sesungguhnya, suatu kematian adalah pengajaran dan peringatan dari Allah, buat yang masih hidup. Al-Fatihah!

Kad ATM

Malam ini juga, aku kehilangan kad ATM aku kerana kecuaian aku. Tidak pernah berlaku sebelum ini kepada diriku. Namun aku bersyukur, kerana dengan kejadian ini, aku belajar banyak perkara. Ia ibarat pengalaman seorang pelajar kejuruteraan menjadi jurutera secara hands-on (mood nak praktikal katakan...).

Jadi, kepada rakan-rakan, aku tidak boleh keluarkan duit sebelum aku buat kad baru. Jadi, tak boleh la minta belanja ya. Nak belanja aku, no problem!(^^,).
----------

Dah pukul satu. Masa untuk berehat. Firman Allah:

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki? " (An-Naba' : 9-11)

WaLlahu a'lam.

p/s: Maaf jika ada tersalah. Mengantuk. Dan sila baca bahagian paling bawah blog ini.

Thursday, April 12, 2007

Qatalooki ya Baghdad

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Tonton video di bawah ni. Aku terjumpe di blog Ustaz Hasrizal.



Selamat menonton.

Untuk membaca ulasan Ustaz Hasrizal, klik sini.

WaLlahu a'lam.

Wednesday, April 11, 2007

Kisah Penghijrahan Norkumalasari

BismiLlahiRrahmaniRrahim.

Aku ingin berkongsi video penghijrahan Hajah Norkumalasari. Klik sini untuk video tersebut. Tahniah buat damaiTV.com.

Semoga beliau istiqamah. Dan semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan mencontohi beliau.

WaLlahu a'lam.

p/s: maaf. Aku tak reti nak masukkan video dalam blog ni. Youtube reti lah. Kalau-kalau ada yang ada ilmu tentang memasukkan video ke blog, boleh ajar.

Monday, April 09, 2007

Satu penilitian jujur terhadap Kelantan




Leong Siok Hui adalah seorang penulis bebas dan gemar meneroka dan menikmati dunia luar. Kebanyakan penulisan beliau adalah mengenai pengalaman penerokaan beliau itu. Semalam beliau telah menulis dua buah artikel dalam The Star Weekender, bertajuk:

The contrary in reality
Hakikat yang berbeza

dan

Insider information
Maklumat dalaman

Kali ini berkenaan kunjungan beliau sekali lagi ke Negeri Serambi Mekah, Kelantan. Saya melihat tulisan beliau agak objektif, penuh bersandarkan pengalaman peribadi beliau yang tidak ditokok-tambah.

Yang menarik perhatian saya beliau menulis:

Where else in Malaysia can you find Malays and Chinese mingling in Chinese coffee shops?

At the White House kopitiam next to Istana Jahar, Malay and Chinese patrons sip thick Hainanese coffee, enjoy kaya and butter on toast, and tuck into nasi berlauk and nasi dagang for breakfast. At a popular Malay restaurant below the Craft Museum, we saw Malay and Chinese locals relishing their nasi ulam budu (rice with raw vegetables and fermented anchovy sauce).

Menurut beliau hanya di Kelantan orang Melayu dan Cina boleh bercampur dalam satu kedai kopi. Dan kedua-dua bangsa ini boleh sama menikmati nasi ulam budu.

Dalam artikel kedua beliau Leong pergi lebih mendalam lagi dengan mewawancara rakyat Kelantan, Melayu dan Cina bagi mencungkil pengalaman dan kehidupan mereka. Seorang yang beliau temui, Shukri Abdullah 34 tahun telah berkata:

(The present government is more conservative) but they bring good things like the emphasis on family and spritual values.
(Kerajaan negeri sekarang ini lebih konservatif) tetapi mereka membawa perkara-perkara yang baik dengan penekanan pada nilai-nilai kekeluargaan.



Shukri turut menyatakan pengalaman raka-rakannya yang berbangsa Cina di Kelantan:

Shukri non-Muslim friends say the current government grants the Chinese legal title to Malay reserved land and permit trading and licences without discrimination. Kawan-kawan Shukri yang bukan Islam menyatakan bahawa kerajaan negeri yang ada memberikan mereka geran ke atas tanah Rizab Melayu dan mengeluarkan permit perniagaan dan lesen tanpa diskriminasi.

Tambah Shukri lagi:

They try to be fair to the Chinese, allow them to hold their religious celebrations and practise their cultures. Whats good about Islam is it teaches you to respect other religions. Mereka (kerajaan negeri) berusaha untuk memberikan keadilan kepada masyarakat Cina, membenarkan mereka menganjurkan perayaan-perayaan keagamaan dan mengamalkan budaya mereka. Apa yang baik berkenaan Islam adalah ia mengajar umatnya agar menghormati kepercayaan lain.

Ramai lagi yang diwawancaranya yang telah memberikan INSIDER INFORMATION yang berguna bagi mereka di luar Kelantan yangs entiasa diasak dengan momokkan terhadap negeri yang diperintah PAS ini.

Propoganda yang selalu digembar-gemburkan terhadap Kelantan bahawa kononnya tiada pekerjaan di sana, dan orang-orang mudanya ramai terpaksa berhijrah keluar. Cuba kita perhatikan apa yang dikatakan ole Lee Kee Teck, 29, yang ditemui Leong. Lee yang sebelum ini pernah bekerja selama 3 tahun di KL kini telah kembali ke Kelantan.

Kata beliau:

The cost of living is so high in KL so it didnt matter if you made more money (Kos hidup di KL terlalu tinggi, walaupun anda berpeluang buat duit lebih)

Tambah Lee lagi:

But what I find most disturbing is that different races in KL dont mix with each other and people are unfriendly.
(Tetapi apa yang saya tidak selesa di KL adalah bahawa masyarakat pelbagai kaum di sana tidak bercampur dan mereka tidak mesra)

Dan seorang lagi, Yiap Soon Cheng, 23 yang juga pernah bekerja di KL dan kini kembali ke Kelantan berkata:

I missed everything about Kelantan, my family, my friends and the food like budu, nasi kerabu
(Saya merindui segala-galanya berkenaan Kelantan, keluarga saya, kawan-kawan dan masakannya seperti budu dan nasi kerabu)

Tak kenal maka tak cinta, itulah perumpamaan yang paling cocok yang boleh diberikan terhadap pengalaman yang cuba ditonjokan oleh Leong ini.
sumber:

Saturday, April 07, 2007

Pelajar UKM nyaris dirogol bukti TNC lebih berminat dengan politik

Oleh Abdullah Abdul Karim,
Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Pemuda PAS Pusat

Seluruh negara gempar dengan tersiarnya berita bagaimana dua orang mahasiswi Fakulti Undang-Undang UKM yang nyaris dirogol dan diculik selepas menaiki sebuah bas kilang yang masuk ke kawasan kampus UKM Bangi dua hari lepas.

Tambah mengejutkan, Ketua Polis Selangor di dalam sidang akhbarnya pada 4hb April 2007 mengesahkan bahawa polis percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan satu sindiket yang cuba melacurkan pelajar-pelajar IPT untuk djual ke pasaran antarabangsa.

Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kejadian yang berlaku ini yang menunjukkan begitu longgarnya kawalan keselamatan di kampus UKM dan kami percaya situasi yang sama juga di kampus-kampus yang lain.

Persoalan penting yang perlu dijawab oleh pihak pengurusan UKM ialah bagaimana bas yang dipandu penjenayah terbabit boleh membolosi pintu masuk utama Kampus UKM Bangi dan selepas itu boleh pula mengambil dan menurunkan pelajar-pelajar di dalam kawasan kampus serta keluar kembali tanpa menimbulkan kecurigaan langsung di pihak Unit Keselamatan Pelajar yang sepanjang masa berkawal di pintu masuk.

Apakah Unit Keselamatan UKM kekurangan pengawal-pengawal keselamatan? Atau pun kekuatan yang ada pada Unit tersebut ditumpukan untuk tugas-tugas lain di luar kampus? Naib Canselor dan juga pegawai-pegawai kanan UKM perlu menjelaskan perkara ini kepada umum.

Pada saat banyak persoalan berkaitan dengan kejadian tersebut tidak berjawab, kita dikejutkan dengan pendedahan bagaimana IPTA-IPTA seluruh negara atas seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat sebarang pembabitan pelajar universiti awam di dalam kempen menyokong parti pembangkang di dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap.

Yang lebih mengejutkan, jawatankuasa tersebut khabarnya dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Dato Dr Mohd Wahid Shamsuddin, individu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan para pelajarnya di UKM!

Terbongkarnya sekali lagi komplot kotor dan jahat IPTA-KPT-UMNO/BN ini semacam menemukan kita dengan jawapan terhadap persoalan bagaimana longgarnya kawalan keselamatan di UKM.

Bukan rahsia lagi sejak beberapa kali Pilihanraya kecil dan juga Pilihanraya Umum 2004, KPT dan pentadbir IPTA telah menubuhkan jawatankuasa yang sama dengan meronda di sekitar kawasan pilihanraya untuk menangkap para pelajar yang terlibat berkempen membantu parti pembangkang.

Yang peliknya sekiranya pelajar terlibat membantu BN, tiada tindakan dikenakan sedangkan ianya juga melanggar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Sudah tentulah jawatankuasa tersebut dibiayai dengan jutaan ringgit dana lumayan oleh KPT dan IPTA-IPTA sendiri yang diambil dari wang cukai rakyat dan yuran pelajar dan semestinya turut melibatkan unit keselamatan IPTA-IPTA.

Malang sekali pelajar yang merasakan keselamatan mereka terjamin dan terkawal di kampus, rupanya diabaikan oleh kerana IPTA-IPTA lebih berminat untuk mengawal pembabitan pelajar dengan pembangkang. Sedangkan jika benar sekali pun para pelajar terlibat dengan kempen pilihanraya, samada di pihak BN atau BA, mereka terjamin keselamatan dari dirogol atau diculik.

Dewan Pemuda PAS merasa amat kesal dengan apa yang berlaku dan mendesak supaya jawatankuasa tersebut dibubarkan serta merta dan peruntukan dana awam serta tenaga yang dihabiskan membantu BN tersebut seharusnya ditumpukan untuk memperbaiki kawalan keselamatan di kampus.

Pembabitan KPT dan IPTA dalam politik sudah semakin dalam dan begitu melampau. Menteri Pengajian Tinggi dan seluruh Naib-Naib Canselor IPTA mesti tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Dan bagi Timbalan Naib Canselor HEP UKM, oleh kerana beliau lebih berminat untuk ‘melindungi keselamatan’ Barisan Nasional daripada mempedulikan keselamatan dan nyawa pelajarnya sendiri, maka pilihan yang ada pada beliau ialah supaya meletakkan jawatan dan menjadi pekerja UMNO/BN sepenuh masa.

Orang ramai diminta bantu cari kanak-kanak hilang


KUALA LUMPUR, 6 April (Hrkh) - Orang ramai diminta untuk membantu bagi mencari seorang kanak-kanak yang didapati telah hilang di kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu, 31 Mac yang lalu.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Nazrin berusia 4 tahun 10 bulan didapati hilang sekitar jam 2.00 petang pada hari berkenaan.

Ketika kejadian, Muhammad dikatakan memakai baju kemeja berwarna kelabu (kotak) dan berseluar jeans biru.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat, bolehlah menghubungi Shamsul di talian 012-5090451, Nor Amizah (012-3749647) atau mana-mana balai polis yang berhampiran. - mks.

Friday, April 06, 2007

Tension Kai....(Realese Tension la konon...)

BismiLlahiRrahamaniRrahim.



saje je....

Sunday, April 01, 2007

AT-TASAMUH DENGAN WAHABI, AT-TAHALUF DENGAN SYIAH:MANAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN?

AT-TASAMUH DENGAN WAHABI, AT-TAHALUF DENGAN SYIAH:
MANAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN?

Membaca tulisan saudara Reformasimuda yang menulis satu article yang bertajuk “salahkan kalau saya menyokong Al-Arqam mahupun Syiah” baru-baru ini, diri ini terpanggil untuk menulis satu tulisan yang perlu di lontarkan kepada masyarakat Islam bagi mencari titik pertemuan yang perlu dilakukan bagi melihat kejayaan islam di dunia Islam, khususnya di Negara ini.

Mengikut tulisan Reformasi muda tersebut, didapati dia mengambil sikap menghentam golongan yang didakwa sebagai wahabi, tetapi agak menyokong tindakan dari kelompok yang dinamakan sebagai Al-Arqam dan Syiah.

WAHABI

Mengikut pendefinisian terhadap wahabi, pelbagai respon dari berbagai-bagai kelompok manusia tentangnya. Antara definisi Wahabi mengikut dakwaan manusia adalah seperti berikut;

a. Wahabi adalah satu kelompok manusia yang taassub dan “Ghuluw” kepada Muhammad Abdul Wahab, adapun mereka yang mengikut pendapat Muhammad Abdul Wahab tanpa “ghuluw”, tidak dikira sebagai wahabi.
b. Wahabi juga diberikan kepada kelompok manusia yang membawa panji-panji gerakan Muhammad Abdul Wahab.
c. Wahabi adalah golongan yang mengikut jejak langkah Muhammad Abdul Wahab yang telah sanggup menjadi “Barua” kepada penjajah.
d. Wahabi adalah kelompok manusia yang mudah membidaahkan.

Melihat kepada kepelbagaian definisi ini, aku merasakan, sebelum sikap kita menyerang gerakan wahabi ini, sesuatu perbahasan yang perlu di perhatikan terlebih dahulu.

Setelah dihayati, didapati bahawa serangan yang kebiasaan dilakukan terhadap gerakkan wahabi, bukanlah kepada kesalahan mereka didalam mengistinbatkan aqidah dan syariah. Ini kerana, jika dilihat kepada jalan usaha gerakan beliau, gerakan tersebut adalah sebagai penerus kepada dakwah yang didokong oleh Ibnu Taimiyyah[1].

Maka dengan demikian, perbahasan aqidah dan syariah dalam gerakan Wahabi ini, mempunyai kesamaan dengan ulasan yang didapati didalam aqidah dan syariah mengikut perbahasan manhaj Ibnu Taimiyyah.

Asas perjuangan mereka adalah seperti perjuangan yang di dokong oleh Hanabillah, iaitu membawa aqidah yang tidak mahu menta’wilkan ayat-ayat Allah yang mutasyabihat, disertai mereka mensifatkan Allah tanpa disertai dengan tasybih dan tajsim[2].

Adapun dari sudut syariahnya pula, mereka adalah kelompok manusia yang berpegang dengan jalan manusia yang bermazhab Hanbali, tetapi disebalik pegangan mereka itu, mereka tidak mensyaratkan kepada “ketaassuban” kepada mazhab Hanbali yang mereka pegang sendiri.

Melihat kepada perbahasan “Aqidah” dan “Syariah” yang menjadi pegangan Wahabi ini, didapati bahawa, wahabi juga adalah kelompok yang dikatakan sebagai “ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Dakwaan ini telah diakui sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang didalam bukunya yang bertajuk “lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam”[3].

Tetapi, yang menjadi perbincangannya adalah masalah “sikap” yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya. Iaitu sikap yang menjadi “barua” kepada penjajah dan sebagainya.

Secara fakta, aku tidak dapat memastikan kebenaran dakwaan yang menyatakan bahawa Muhammad Abdul Wahab merupakan barua kepada penjajah, tetapi mengikut pembacaan buku-buku yang di tulis oleh kebanyakkan tulisan menyatakan demikian. Walaubagaimanapun, aku mengambil sikap untuk “tidak membenarkan dan tidak menafikan” tulisan tersebut.

Juga, antara perkara yang sering diperbincangkan adalah berkenaan sikap wahabi yang mudah membidaahkan amalan-amalan yang berbentuk khilafiyyah dan sebagainya.

ISU WAHABI ADALAH SIKAP, BUKAN PERINSIP

Melihat kepada situasi ini, didapati bahawa kesilapan yang perlu di perbetulkan pada wahabi adalah pada sikap, bukan pada perinsipnya.

Ini kerana, secara perinsip, mereka masih lagi berada atas landasan “Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Adapun perbuatan yang menjadi “barua” kepada penjajah, dan mudah membidaahkan amalan-amalan khilafiyyah merupakan isu sikap yang selayaknya dijauhkan dari amalan umat islam.

KELAHIRAN JEMAAH TABDI’ MERUPAKAN BIDAAH YANG TIDAK DISEDARI

Kelahiran satu jemaah yang dinamakan sebagai “Jemaah At-Tabdi’” atau jemaah yang mudah membidaahkan manusia merupakan satu amalan bidaah yang wajib di hindarkan dikalangan umat Islam.

Baginda SAW sendiri tidak pernah membidaahkan sesuatu amalan tanpa bertanyakan dahulu amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat RA, walaupun amalan tersebut dilakukan sebelum dilakukan oleh Nabi SAW.

Antara hadis bagi menguatkan hujjah ini adalah seperti berikut;

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar berkata; ketika kami menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki berkata; “اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا”, lalu Rasulullah SAW berkata; siapakah yang berkata kalimah begian-begian? Berkata lelaki tersebut; Aku Wahai Rasulullah. Lalu bersabda Nabi SAW; aku merasa megah dengannya, dibukakan pintu langit untuknya (kalimah tersebut). berkata Ibnu Omar, semenjak aku mendengar perkataan Nabi itu, aku tidak pernah meninggalkannya (membacanya didalam solat)[4]”

Dari hadis ini, lelaki yang membaca kalimah takbir didalam solat tersebut tidaklah mendengar bacaan Nabi terlebih dahulu, tetapi dia membacanya mendahului perbuatan nabi. Ketika baginda SAW mendengar bacaan lelaki tersebut, Rasulullah tidak mudah membidaahkannya, tetapi baginda bertanya dahulu. ini menandakan bahawa amalan mudah membidaahkan sebelum diselidiki merupakan amalan yang bukan dari Rasulullah SAW.

Dan juga hadis;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَطَسَ شَابٌّ مِنْ الْأَنْصَارِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ حَتَّى يَرْضَى رَبُّنَا وَبَعْدَمَا يَرْضَى مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ الْقَائِلُ الْكَلِمَةَ قَالَ فَسَكَتَ الشَّابُّ ثُمَّ قَالَ مَنْ الْقَائِلُ الْكَلِمَةَ فَإِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا قُلْتُهَا لَمْ أُرِدْ بِهَا إِلَّا خَيْرًا قَالَ مَا تَنَاهَتْ دُونَ عَرْشِ الرَّحْمَنِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى


Maksudnya;
“daripada Abdillah bin ‘Amir bin Rabiah, daripada bapanya, berkata; seorang pemuda dari ansar telah bersin di belakang nabi SAW, yang ketika itu sedang menunaikan solat. Dia (pemuda ansar) berkata; “الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ حَتَّى يَرْضَى رَبُّنَا وَبَعْدَمَا يَرْضَى مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ”, ketika selesai Nabi Saw dari solat, baginda SAW bertanya; siapakah yang berkata kalimah tadi? Lelaki itu senyap. Kemudian Rasulullah bertanya lagi; siapakah yang berkata kalimah tadi? Sesungguhnya tidak mengapa (tidak menjadi kesalahan) dia mengatakan kalimah tadi. Lalu berkata pemuda ansar; Saya Wahai Rasulullah SAW, sayalah yang berkata kalimah tadi, tetapi saya tidak kehendaki melainkan kebaikan. Bersabda Nabi SAW; tiada sesuatu pun dapat menegah dari kalimah itu sampai ke ‘Arasyh Allah yang maha Rahman[5]”

Hadis ini juga mempunyai gambaran yang seakan-akan sama dengan kejadian pada hadis yang pertama, iaitu tindakan nabi yang tidak mudah membidaahkan sesuatu amalan yang di buat tanpa pengetahuan nabi terlebih dahulu, tetapi baginda akan bertanyakan kepada pelaku amalan tersebut terlebih dahulu sebelum menyatakan hukumnya.

Melihat kepada pemahaman dari dua hadis ini, amalan mudah membidaahkan merupakan satu amalan yang tidak selayaknya berlaku dikalangan umat Islam di seluruh dunia.

Jika di perhatikan di Negara ini, jemaah tabdiiyyah ini sudah menular masuk kedalam pemikiran umat Islam di sini. Mereka mudah membidaahkan sesuatu amalan, tanpa mengambil tindakan “usul periksa” yang sehinggakan melahirkan perbalahan dan “masam muka” dikalangan mereka.

Semasa di Mesir, seorang lelaki yang mendakwa seorang “salafi” telah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang diwajibkan; yang telah di anjurkan oleh seorang Syaikh, dengan alasan amalan tersebut tidak pernah diwajibkan oleh nabi SAW. Lalu Syaikh tersebut bertanyakan kepadanya tentang tentang kelebihan antara amalan wajib dan sunnat.

Si “salafi” tersebut menyatakan, jika di bandingkan, amalan wajib itu mengandungi kelebihan berbanding dengan amalan yang sunat.

Syaikh tersebut itu bertanya lagi, apakah hukum zikir yang telah dinazarkan? Si “salafi” tersebut menyatakan bahawa hukum zikir tersebut adalah wajib.

Maka Syaikh tersebut menyatakan, sebab itulah dia mewajibkan kepada murid-muridnya berzikir sebanyak 1000 kali, dan amalan tersebut adalah yang lebih afdhal kerana amalan itu dilakukan oleh muridnya dalam keadaan dinazarkannya.

Mendengar jawapan Syaikh tersebut, si “salafi” tersebut tergamam dan mengakui kesilapannya yang mudah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang dibidaahkannya tadi.

Dari hadis dan pengajaran di sebalik kisah yang dinukilkan ini, tidak selayaknya kelahiran “jemaah At-Tabdi” ini wujud di seluruh dunia Islam, ini kerana, kelahirannya berpunca dari sikap yang mampu memporak perandakan perpaduan umat Islam di mana-mana.

SYIAH

Syiah adalah satu puak yang dikenali di seluruh dunia Islam. Kenalnya dunia Islam kepada syiah adalah selepas dari revolosi iran yang di kepalai oleh seorang bapa revolosi yang merupakan tokoh syiah yang disayangi oleh kebanyakan penganut-penganut syiah, iaitu Ayatullah Khomaini.

Kehebatan yang ada pada Ayatullah Khomaini melawan penjajah adalah sesuatu yang membanggakan, tetapi kehebatan tersebut tidak bermakna aqidah syiah yang menjadi pegangan Ayatullah tersebut berada di pihak yang benar.

Ramai tokoh-tokoh Islam mempertikaikan aqidah ayatollah Khomaini. Antara tokoh ulama yang terkenal di dunia Islam yang mempertikaikan aqidah dan pendirian Ayatullah adalah Said Hawa[6], salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang berasal dari Syria.

Beliau ada mengarang sebuah kitab yang bertajuk “Al-Khumaini : syuzuz fi Al-‘Aqaid, Syuzuz fi Al-Mawaqif” yang menerangkan tentang aqidah dan pendirian khumaini yang dilihat pelik pada kacamata Al-Quran dan As-Sunnah.

Di dalam buku tersebut, As-Syaikh Said Hawa mendatangkan bukti dakwaan Al-Khumaini yang dirujuk dari kitab karangan Al-Khumaini sendiri yang bertajuk “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” dan “kasyf Al-Asrar”.

Antara dakwaan Al-Khumaini yang pelik adalah seperti berikut;

a. Imam mempunyai darjat yang tinggi melebihi malaikat muqarrabin dan nabi yang di utuskan[7].
b. Mendakwa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam kini tidak sempurna, ini kerana telah di selewengkan oleh Saidina Osman. Bahkan syiah Imamiyyah (Syiah yang di dokong oleh Ayatullah Khomaini) mengkafirkan kepada manusia yang mengingkari dakwaan ini[8].
c. Mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi SAW melainkan 3 orang sahabat sahaja, iaitu Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghiffari dan Salman Al-Farisi.[9]
d. Khumaini mendakwa perjuangannya adalah untuk penyatuan Umat Islam, tetapi hakikatnya melakukan dakyah kepada fahaman syiah.[10]
e. Dakwaan Khomaini didalam kitabnya “Kasyf Al-Asrar” bahawa Abu Bakar As-Siddiq telah memalsukan hadis.[11] Begitujuga, didalam kitabnya “Al-hukumah Al-Islamiyyah” yang mendakwa bahawa seorang sahabat besar yang bernama Samurah bin Jundab adalah seorang pemalsu hadis[12].
f. Dakwaan “ghuluw’” terhadap Fatimah Az-Zahra’ sehinggakan mendakwa bahawa Fatimah mendapat wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW.[13]

Banyak lagi dakwaan-dakwaan pelik dari Al-Khumaini, yang apabila melihat kepada dakwaan sebegini, memaksudkan bahawa aqidah yang diperjuangkan oleh syiah adalah aqidah yang sesat yang menyesatkan.

Maka dengan itu, tidak hairanlah As-Syaikh Said Hawa, seorang tokoh gerakan Islam di dunia telah mengkritik Al-Khumaini dengan mengarang sebuah kitab khusus atas kritikan tersebut.

Apa yang menggambarkan betapa bimbangnya As-Syaikh Said Hawa atas kesesatan ini, di akhir kitab beliau, beliau menulis satu doa yang ianya adalah seperti berikut;

اللهم إنى أبراء إليك من الخمينى و الخمينية

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya Aku bebas daripada Al-Khumaini dan Al-Khumainiyyah”[14]

ISU SYIAH ADALAH PERINSIP, BUKAN SIKAP

Melihat kepada ulasan di atas, difahami bahawa isu yang di pertikaikan terhadap syiah, tidaklah seperti isu yang dipertikai terhadap wahabi.

Golongan wahabi, dilihat mempunyai kesalahan dari sudut sikap yang perlu di robah, yang memungkin berlakunya “at-tasamuh” di kalangan wahabi dengan tujuan memenangkan Islam di seluruh dunia.

Tetapi isu yang dipertikaikan terhadap syiah adalah isu aqidah yang merupakan perinsip didalam agama ini. Adapun dari sudut sikap, syiah tidaklah terlalu “terbabas” dari kehendak Islam, ini kerana, didalam dunia kini, iran yang bermazhab syiah telah menjuarai isu untuk melawan amerika (mengikut pandangan kasar). Maka dengan demikian, dari sudut sikap inilah, perlunya Negara-negara umat Islam di dunia mengambil contoh atas keberanian Iran menentang musuh Islam antarabangsa ini.

Walaupunbegitu, tidak semua syiah mempunyai sikap yang boleh ditauladani. Ini kerana, secara faktanya, dunia Islam telah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan kerajaan osmaniyyah di turki pada tahun 1924 adalah berpunca dari syiah juga. Ini di buktikan dengan satu dokumen yang mengandungi kenyataan Aga Khan, seorang pemimpin syiah di India yang menyokong Britain dalam peperangan menyerang kerajaan Turki Osmaniyyah[15].

Justeru itu, tidak semua sikap syiah perlu ditauladani, tetapi ada sikap yang boleh ditauladani dari mereka dan ada sikap yang perlu dibuang dari jiwa umat Islam.

PENUTUP

Dari ulasan ini, secara peribadinya, aku perpendapat bahawa wahabi tidak perlu diserang sangat dalam mencapai kejayaan umat Islam di dunia, tetapi perkara yang perlu dilakukan adalah usaha kearah untuk menyatukan pemikiran dengan mengadakan satu tindakan “at-tasamuh” bersama mereka.

Adapun syiah, melihat kepada aqidah mereka, tindakan yang perlu di ambil adalah dengan mengambil pendekatan “At-tahaluf” yang dipenuhi pemerhatian dan bersikap “hati-hati”, ini kerana dibimbangi mereka melakukan dakyah aqidah mereka di kalangan penyokong dan pendokong sesuatu gerakan islam.


Sekian

P/s : tulisan ini berdasarkan pandangan peribadi penulis sahaja, tidak berkait dengan pandangan mana-mana tokoh dan keputusan gerakan islam didunia.

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang ingin mendalami pengajian fiqh, hadis, tafsir dan aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam : m/s 28
[2] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah : m/s 177.
[3] Lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam : m/s 29.
[4] Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Hadis ini sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518
[5] Abu Daud : 2/425 : hadis no : 657.
[6] Said Hawa adalah naqib kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa menuntut di Universiti Madinah sekitar tahun akhir 60 an. (jihad dalam politik & persoalan Negara Islam mengikut pandangan Said Hawa : m/s 14)
[7] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 7. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 52.
[8] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 9.
[9] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 13.
[10] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 14.
[11] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 11. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Kasyf Al-Asrar” karangan Al-Khumaini : m/s 112
[12] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 12. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 71
[13] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 21.
[14] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 31.
[15] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : m/s 108

sumber: http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

p/s: Berlapang dadalah dalam perselisihan furu'iyyah. Seperti yang pernah aku katakan, walaupun Syi'ah ini juara melawan Amerika dan kuffar, namun jangan sekali-kali kita beraqidah seperti mereka. Kita ambil semangat mereka, buang prinsip mereka. Jangan benarkan mereka menyebar dakyah sesat mereka.

Aku sertakan sekali ucapan Yusuf Qardhawi tentang Syi'ah.