Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik |
Tuesday, September 25, 2007
C.I.N.T.A : di manakah kesudahannya???
Sunday, September 23, 2007
KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’
Semalam ada sahabat menghubungi saya bertanyakan hukum mengundi dan menyertai pilihanraya . Di bawah saya perturunkan satu catatan ringkas dari Tuan Guru Hj. Harun Taib . |
Friday, September 21, 2007
Kaitan Idea Dengan Masa
Hari ini, kelas kami panas dengan diskusi berkenaan pemikiran anak-anak murid kepada Muhammad Abduh. Antaranya ialah Mustafa Abd al-Raziq, Qasim Amin, Ahmad Lutfi al-Sayyid dan semestinya Ali Abd al-Raziq. Burhanuddin Al-Helmy Saya panas telinga dengan kegelojohan sesetengah pendakwah yang melabelkan pejuang seperti Burhanuddin al-Helmi, Zulkifli Muhammad dan sebagainya, sebagai Nasionalis, maka mereka itu bukan pejuang Islam. Kegelojohan ini juga dengan cepat mahu melabelkan gerakan Islam seperti Hizbul Muslimin dan PAS sebagai parti Nasionalis pada hari kelahirannya, kemudian belajar menjadi Islamik! Ia suatu tafsiran yang cela terhadap sejarah. Bagaimana semua ini dapat dielakkan? Kaedahnya ialah, setiap idea hendaklah difahami dalam konteks penyebutnya, dan zaman ia disebut. Bukannya memahami tahun 1950 dengan mentaliti 2007! Mengkaji ideologi-ideologi seperti Nasionalisma, Sekularisma, Sosialisma malah sepanas Darwinism dan yang seumpama dengannya, tanpa mengaitkan ia dengan masa (sejarah), adalah suatu penyesatan dan penyelewengan dalam tafsiran. PENGAJIAN ISLAM Malah saya mula meneliti kembali beberapa bab di dalam tradisi pengajian Syariah saya selama ini supaya banyak tanda tanya boleh diperbaiki penjelasannya. Sesungguhnya mengaitkan idea dengan masa bukanlah suatu peraturan asing di dalam pemahaman kita terhadap al-Quran dan al-Sunnah, Fiqh dan yang seumpama dengannya. Mengapa soal keutamaan Quraish dalam memilih Imam timbul? Ia berkait dengan faktor masa dan suasana ketika itu. Kelebihan Quraish dari segi peluang didikan dan ilmu, memberikan mereka kelebihan di zaman itu. Ia faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memahami isu tersebut. Larangan-larangan Baginda SAW terhadap isu isbal, penggunaan alat muzik bertiup dan bertali, hukum memelihara janggut dan yang seumpama dengannya, tidak harus difahami secara tekstual tanpa mengaitkannya dengan masa. Untuk itu, ahli sejarah Islam seperti Al-Iji dan Al-Kafiyaji mendefinisikan TARIKH (SEJARAH) sebagai “MENGAITKAN PERISTIWA DENGAN MASA”. Pengkaitan peristiwa dengan masa bukan sekadar untuk hafalan atau menyusun kronologi, tetapi untuk membantu kita menafsirkan sesuatu idea dalam konteks yang betul. “If you learn about ideas without any sense of time, the ideas will not make any sense. Learn to appreciate History. OK, let us now go for iftar!”, Prof mengakhiri diskusi kami. Sambil menyimpan nota-nota, kepala saya ligat berfikir dan memuhasabah kembali betapa seringnya saya salah tanggap dan salah faham terhadap pelbagai perkara kontroversi yang telah saya tempuhi dalam kajian dan pembacaan selama ini. Mujurlah saya bukan peminat kepada teori konspirasi, maka salah faham saya mungkin tidak sampai menghijab saya dari membuat semakan dan muhasabah dari semasa ke semasa. Semoga Allah membimbing saya dalam usaha mencari kebenaran di akhir zaman yang penuh kekeliruan ini. Ameen. sumber: http://saifulislam.com/?p=884#more-884 |
Thursday, September 13, 2007
Tahukah Anda?
Orang yang pertama menunaikan solat selepas Rasulullah ialah Saiyidina Ali b. A. Talib iaitu solat Asar . Solat witir mula-mula dilaksanakan oleh Rasulullah ialah ketika Peristiwa Israk Mikraj. Kereta kebal yang mula-mula sekali digunakan dalam peperangan Rasulullah ialah pada perang Thoif. Orang yang mula-mula sekali murtad ialah Ubaidullah pada tahun ke-7 sebelum Hijrah Orang yang mula-mula sekali mengenali Nabi Muhammad s.a.w bakal dibangkitkan sebagai seorang rasul berdasarkan tanda-tanda dan sifat baginda Beliau ialah Rahib Bahira. Peristiwa ini berlaku apabila baginda Rasulullah s.a.w melewati biara Rahib Bahira ketika menemani pakciknya Abi tholib berdagang di Negara Syam. Pada ketika itu Baginda masih kanak-kanak. Maka tatkala Rahib Bahira melihat Nabi Muhammad s.a.w, beliau mengenali tanda-tanda kenabian pada diri Baginda Muhammad s.a.w sebagaimana yang telah digambarkan di dalam kitab suci terdahulu. Qadi yang pertama dilantik di Damsyik , Syria ialah Abu Darda' iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab Orang yang mula-mula sekali membaca al-Quran secara terang-terangan dengan menguatkan suara di hadapan pemuka-pemuka Quraisy ialah Abdullah bin Mas'ud. Surah yang dibaca olehnya ialah surah al-Rahman. sumber: |
Tragedi Batu Buruk, PAS serah memo bantahan ke Bukit Aman
Kemenangan AKP dan Abdullah Gul : Kejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik
“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji.” – Prof. Gibb |
Tuesday, September 11, 2007
MAHASISWA GESA KERAJAAN BERIKAN KEUTAMAAN PENDIDIKAN PERCUMA DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
Tragedi Batu Buruk: Kenyataan media Bersih
Oleh: Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 1) Pada 8 September 2007, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpuan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu. 2) Pihak penganjur telah membuat permohonan permit polis sebagaimana yang sewajarnya namun permit tidak dikeluarkan kepada pihak penganjur walaupun rayuan telah dibuat. 3) Pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah. 4) Polis kemudiannya membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer dari tempat majlis hendak diadakan agar orang ramai tidak masuk ke kawasan itu. 5) Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH termasuk Dato¢ Mustafa Ali telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras). 6) Perbincangan dibuat antara mereka dan polis namun program itu tidak dibenarkan untuk diadakan. 7) Ekoran dari itu, ketegangan telah timbul antara polis dan orang ramai yang berhimpun. Kemudiannya FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabibuta. Ia berterusan hingga jam 1.30 pagi. 8) Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman. Ia telah terkena kepada seorang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya. Sehingga kini, Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut. 9) Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat dari mereka parah. 10) 23 orang dari orang awam telah ditangkap termasuk tiga wartawan akhbar tempatan. Dua dari mereka telah ditahan reman. 11) Ekoran huruhara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. Ia hanya reda selepas polis meninggalkan kawasan ini kira-kira jam 1.30 pagi. Kami dengan ini berpendirian: - 1) Peristiwa ini berlaku selepas polis melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan memancut air ke atas orang ramai yang sedang beracun. 2) Bagi menghormati keputusan polis, pihak penganjur tidak bercadang untuk meneruskan program ceramah pada malam itu dan pimpinan yang hadir sedang menyelaraskan pembatalan itu dengan pihak tuan rumah dan petugas. Pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis, majlis tidak akan diteruskan. Namun provokasi yang berterusan telah dilakukan oleh pihak polis. 3) Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Antara tuntutan Bersih adalah penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan menjamin media yang adil dan tidak berpihak. 4) Malangnya, polis telah digunakan untuk menyekat program bagi menyedarkan rakyat tentang hak mereka dalam sebuah negara demokrasi padahal polis sepatutnya menjalankan tugas untuk menurunkan kadar jenayah yang begitu tinggi sekarang ini dan menjadi masalah sebenar kepada rakyat sekarang. 5) Yang malang lagi, ada polis telah menggunakan peluru hidup dalam mengendalikan perhimpunan aman sebegini. Penggunaan peluru hidup dalam mengendalikan program sebegini adalah tidak berasas dan sangat dikesali. 6) Bagi kami polis telah gagal mengendalikan perhimpunan tersebut berdasarkan prosedur undang-undang polis sendiri. Antaranya tiada pengumuman meminta orang ramai bersurai. Kami dengan ini menuntut: 1) Penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September. 2) Penjelasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri serta Ketua Polis Negara terhadap penggunaan peluru hidup dalam mana-mana perhimpunan aman sebegini. 3) Segala perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang sah tidak memerlukan permit polis dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis. 4) Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka. 5) Menteri Besar Terengganu Dato¢ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini. Maka kami yang mewakili BERSIH sekali lagi menegaskan pendirian bahawa kami terus komited memperjuangkan tuntutan untuk mendapatkan demokrasi dan pilihan raya yang adil secara aman di negara Malaysia yang tercinta ini. sumber: |
KITA MENGUASAI WAQIE ATAU WAQIE MENGUASAI KITA??
Oleh: |










